Menerusi sebuah ‘posting’ di Instagram milik aliffsyukriterlajaklaris menunjukkan sebuah ‘screenshot’ bersama seorang Bekas Menteri telah dipaparkan olehnya. Paparan perbualan tersebut telah menunjukkan Dato’ Aliff Syukri telah merayu agar Bekas Menteri tersebut untuk membayar hutang-hutangnya.
“Dia orang hebat, kenalan semua ketua Polis negara, Menteri-menteri, saya hanya ikan bilis… Pelik tak akan lah Tan Sri nak ambik hak saya perniagaan kecilan ini?…” – Aliff Syukri
Dato’ Aliff Syukri turut mengatakan bahawa Bekas Menteri tersebut hanya ‘seen’ mesej yang telah dihantarkan olehnya. Beliau turut mengatakan bahawa beliau berani kerana tindakannya adalah benar dan tiada niat untuk memalukan ahli keluarga Bekas Menteri tersebut.
“Jangan sampai saya hilang sabar, saya tunjuk segala video dan rakaman semua…” – Katanya
Dato’ Aliff Syukri turut meminta tolong jika ahli keluarga menteri tersebut melihat ‘posting’ yang telah beliau memuat naik agar menghubunginya.
Lihat Bukti Perbualan Aliff Syukri:
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Instagram