Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai suaminya sedang makan di sebuah restoran terkenal. Namun apa yang dilihat pinggan kotor serta sampah-sampah yang ditinggalkan oleh pelanggan hampir setiap meja mempunyai kotoran tersebut.
Sekali apa yang dilakukan oleh suaminya pula mendapat pujian ramai dan video klip ini juga telah ditular di media sosial.
Netizen turut memberi komen yang positif diruangan komen, mengatakan tindakan lelaki tersebut sememangnya layak mendapat pujian ramai dan patut di contohi. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama.
Netizen juga berterima kasih kepada mereka kerana reaksinya yang tidak menahan melihat hampir seluruh meja mempunyai pinggan kotor dan sampah tak di kemaskan oleh pekerja restoran.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 673.9K penonton, 15.7K sukaan dan 479 komen.
Baca lagi: Anak Dah Ambil Alih ‘Kerja’ Ibu, Reaksi Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Yang Berdekah
Lihat klip durasi pendek tindakan lelaki tersebut:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@faizah mat rozi: bang pinggan tu bang jgn nk buang sekali.klo blh basuhkn sekali sb da masuk bakul smpah
@Adawiyah Hamdan: Puan n suami puan contoh terbaik utk anak2. Anak2 tengok depa tiru. Insyallah. Tahniah sbb berjaya menjadi ibu bapa yg baik.
@Bella: staf kfc hadirr…awww paling customerr yg terpaling happylah dpt mcm gini thank you
@Acik Shima: kann…jadi serabutt,,, tengok meja betsepah2….kita nak min.dgn.tenangggg…
@Kayla: bila gengster buat kerja segala pinggan dia buang
@ira: I did this too bila kat mn2 pun. Kdg geram dgn previous cust yg tak reti nk kemas meja lps mkn.Dgn kecahnya.Terus terbayang mcmna krg mkn kat rumah?
@Who’s Hannah: I did this alot, lps mkn, pnggan2 susun, sampah buang klau mkn d mcd or KFC. mungkn dh tbiat sy
@kael Hie’kiem: meja yg abg ni tlg buangkan tu kire elk juge susun dlm try balik..yg lain tu bertabur ats meja..
@elmustafar1: kalau xsilap kat meja ada tulis tlg buang lepas makan.f&b skrg kekurangan pekerja
@mamangziela: permudahkan urusan orang…Allah permudahkan urusan mu di dunia dan akhirat.. aamiin yrb alamiin
@DENIM SKIRT CANTIK: kfc nie aku rasa fast food yg terpaling tak ada staff. dri zaman kakak aku pernah kerja lepas spm smpi ke hari ini pun kt mana2 mesti staff xde
@AHMAD PAZIL MD ISA: KFC ni lembab sikit, restoran lain diaorg inform minta buang dlm tong sampah
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram