Home Isu Semasa Pengeluaran KWSP Boleh Dilakukan Sehingga RM50,000 Dengan Syarat

Pengeluaran KWSP Boleh Dilakukan Sehingga RM50,000 Dengan Syarat

314
0

Hal ini adalah untuk membuat pinjaman sebanyak RM3,000 hingga RM50,000 daripada institusi perbankan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapannya di Dewan Negara memaklumkan bagi tujuan program ini, fasiliti pembiayaan patuh Syariah juga disediakan oleh institusi perbankan dan ia tidak melibatkan sebarang unsur-unsur riba.

Captureewr

Pengeluaran KWSP Sehingga RM50,000 – 4 Juta Bakal Mendapat Manfaat

Fasiliti ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikebakan oleh institusi perbankan dijangka di antara 4% hingga 5% setahun. Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%.

Pencarum KWSP Boleh Mengeluarkan RM3,000 – RM50,000

Manakala, jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

Terma dan syarat telah ditetapkan oleh pihak bank. Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Jelasnya lagi, setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juga ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah. Maka sebab itu penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar punyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Rakyat Melakukan Pengeluaran KWSP Sehingga RM50,000 Kerana Keperluan Mendesak

Pengeluaran sewaktu Pandemik yang dibuat sebelum ini memang untuk keperluan mendesak, dan kita semua faham. Kini, tidak wajar untuk membenarkan pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat. Negara seperti Australia, Peru dan Chile yang membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, sudah tidak lagi diteruskan tahun lalu.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: ikerajaan

Previous articleBabak Lakonan Mimi Lana Dalam Drama ‘Perempuan Itu’ Raih Perhatian Penonton, Sekali Nama Erma Fatima Pula Dipetik
Next articleSering Diketawakan Oleh Rakan, Sekali Lelaki Ini Tunjuk Bukti Jualan Kayu Api Dalam Satu Hari
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here