Home Kehidupan Pengemis Berjaya Kumpul Duit Simpanan Sebanyak RM150,000 Dalam Tempoh 13 Tahun

Pengemis Berjaya Kumpul Duit Simpanan Sebanyak RM150,000 Dalam Tempoh 13 Tahun

253
0

Pengemis terkaya, lelaki ini lebih 13 tahun berjaya kumpul hampir RM150,000. Seorang pengemis di Indonesia didakwa memiliki wang simpanan mencecah 490 juta rupiah (RM149,069).

Tribunnews melaporkan kisah ini ditular dan menjadi bualan netizen di laman sosial selepas gambar dua buku simpanan Bank Mandiri dan Bank Sulutgo miliknya tersebar. Pengemis ini bernama Lutfi Haryono berusia 47 tahun yang menetap di bandar Gorontolo.

Susulan kisah tular ini, Lutfi dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan di Balai Polis Lurah Ipilo bandar Gorontalo pada Jun lalu. Anggota polis iaitu Bripka Romi mengatakan dalam keterangan, Lutfi mengaku wang simpanan dalam kedua-dua bank tersebut itu adalah miliknya.

Baca lagi: ‘Ter’buang Duit Hampir RM90 Ribu Dalam Plastik Hitam, Sekali Ini Reaksi Lelaki Tersebut

Baca lagi: Seorang Lelaki Temui Duit Syiling Emas Di Sawah Padi, Tak Sangka Nilainya Hampir RM4 Juta

Screenshot 2023 05 15 162803

“Menurut Lutfi, dai suka memaksa penduduk untuk mendapatkan wnag. Soal siasat telah dilakukan juga mendapati Lutfi sudah mengemis lebih dari 13 tahun iaitu selepas beliau bercerai dengan isterinya. Lutfi menggunakan wang hasil mengemis juga untuk keperluan peribadi seperti membina rumah” -Kata Bripka Romi

Dilaporkan, bahawa Lutfi mengaku wang itu bukan sepenuhnya hasil mengemis kerana pernah bekerja di sebuah gerai makan. Lutfi juga berhasrat untuk berhenti menjadi seorang pengemis dan akan berniaga di warung serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Memang tak sangka seorang pengemis mampu mengumpul duit simpanan hampir RM150,000 walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi beliau tetap bertekad untuk membuat simpanan.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang

Previous article‘Ter’buang Duit Hampir RM90 Ribu Dalam Plastik Hitam, Sekali Ini Reaksi Lelaki Tersebut
Next articleRM14 Ribu Hilang Sekelip Mata, Akaun Bank Wanita Ini Digodam Tanpa Menggunakan TAC
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here