Pelakon Datin Anne Ngasri berkongsi sekeping fotonya bersama Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun bersama sepotong kata-kata pesanan.
Tulis Anne dalam hantaran berlatar belakangkan kota Makkah itu, dia mendoakan urusan Siti Bainun dipermudahkan dan mengingatkan diri sendiri untuk berkata-kata baik.
Kredit Foto: IG Anne
“Kepada Allah kita berserah…. Bahagian dia hari ni esok lusa kita pun belum tentu. Saya doakan Allah swt permudahkan segala urusan Bainun.
“Saya juga ingatkan diri saya sendiri berkatalah yang baik, jika tiada yang baik diam adalah jalannya.
Baca Juga: “Hanya Wanita Yg Memahami Wanita.”-Kes Kemalangan Yg Paling Cepat Selesai
“Siapa kita untuk menilai apa lagi menghukum. Semoga Allah swt mengampuni d0sa kita semua. Amin,” tulis Anne. Bagaimanapun, Anne menutup ruangan komen pada hantaran terbabit.
Kredit Foto: IG Anne
Semalam, Siti Bainun didapati bersalah atas dua pertvduhan mengabai dan meng4niaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.
Siti Bainun didkwa melakukan perkara terbabit hingga menyebabkan m4ngsa mengalami keceder4an fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertudvhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukvman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: gmpak