Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok abambifoti, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki menyatakan bahawa lembu peliharaannya hampir dicuri dan menjumpai haiwan tersebut terbiar di tepi jalan. Beliau menjumpai dua picagari di badan lembu tersebut. Beliau juga mengatakan haiwannya dicuri ketika sahur dan suspek telahpun melarikan diri setelah kantoi dengan seseorang remaja yang kebetulan dalam perjalan balik dari memancing.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan berasa kasihan melihat haiwan tersebut yang ‘longlai’ setelah dicucuk dua picagari dan dibiarkan sebegitu rupa. Ada juga yang memberi kecaman kepada owner lembu tersebut kerana membiarkan haiwannya berkeliaran begitu sahaja dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 320K penonton, 12.7K sukaan dan 757 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:
“Semoga si pelaku diberikan hidayah. Sepandai pandai tupai melompat suatu hari pasti jatuh ke tanah juga. Hari ni anda lepas, esok lusa belum tentu lagi mat”
Baca lagi: “Lembu Yg Ada Anak Kecik Mmg Agak Garang Sikit”-Insiden ‘RoadBlock’ Buat Netizen Terhibur
Baca lagi: “Ingatkan Rumah Mewah, Rupanya Kandang Lembu”- Kandang Level Kayangan
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Muhammad Faizal:dan2 owner lembu dtg mgaku lembu dia . tp bila org langgar berlaku nya kemlangan owner lembu xnmpk yg nmpk lembu..
@TengkuHakim:sy Setuju sangat org Curi Lembu Kalau Lembu Tu Terbiar.. Sebab Kalau Lembu Terbiar Ni Tuan Lembu Tu Jenis xreti…
@AMMAR HARITH :bila orang curi lembu satu kampung keluar …. bila orang x bersalah langgar lembu . terus jadi kampung bunian
@Wanz:Cuba klau eksiden langgar lembut.. Confirm2 tuan lembu tk mengaku lembu tu dia punya… Tpiiii bab lembu hilang kena curi owner lembu auto muncul
@AcikPiko:Laju tuan lembu sampai, ni kalau kena langar 3kali raya pun tuan xsampai-sampai..
@Park_chu162:bila kena curi cepat sampai bila kena langgar pura2 x kenal lembu sendiri
@azman:kawan saya penah excden langgar lmbu tnye tuan lembu tak ade bapak kwan saya trus sembelih lembu tu dekat situ jgak..jual daging lembu buat duit ubat.
@awangggg:aku sokong org yg culik lembu tu. sbb lembu tu main kat jalan. .. kalau kat kandang aku tak marahh.
@wong fai hong:lembu dijalanan dah xbertuan ambil lh seberapa byk yg ko mahu.kalau dikandang salah
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram