Home Semasa “Jangan Percaya Lampu Hijau”-Lagi Rakaman Dilanggar Kereta Lain Akibat Lampu Hijau

“Jangan Percaya Lampu Hijau”-Lagi Rakaman Dilanggar Kereta Lain Akibat Lampu Hijau

228
0

Beberapa hari yang lepas kita ada mendengar berita di mana seorang penunggang motor dilanggar kereta sehingga melambung akibat daripada kereta tersebut yang masih bergerak walaupun lampu isyarat belah kereta tersebut telah bertukar menjadi merah.

Hijau bukan bererti selamat sekarang ini.. Oleh itu sentiasalah jangan percaya kepada lampu hijau semata-mata, anda perlu juga memastikan kenderaan lain yang mungkin muncul secara tiba-tiba.. Kejadian berlaku di Putrajaya dan diharap rider tidak mengalami keceraan serius. Kredit: tuan video

Situasi seperti itu berlaku lagi sehari yang lepas di mana seorang penunggang motor dilanggar kereta dari arah bertentangan walhal lampu ketika itu memang hijau. Situasi tersebut telah menarik perhatian netizen dan mengundang marah buat kereta yang melanggar tersebut.

“Tak, masalahnya moto depan dah jalan, kete depan pun dah nk separuh jalan yg kete belah sana tu dah kenapa nk jalan jgk..haish tak faham aku”

“Lmpu dah hijau moto first dah jln kreta pun ada yg dah jalan so takda masalah kot klu moto tu laju,mmg isyarat utk jln.Kreta tu kn msk blik klas bljar undg2”

Baca juga : “Lampu Hijau Skrg Pun Dah Tak Selamat”-Penunggang Motosikal Melambung Dirempuh Kereta

Baca juga : “Motor Mcm Sengaja Mintak Kena Langgar”- Terang2 Dah Lampu Hijau

Rata-rata komen ramai yang menyuruh untuk menuntut insurans atas kemalangan yang telah berlaku tersebut.

“Fight insurance kereta tu bang . 45k boleh dapat . Aku kene gini lh time balik keje . Time aku bawak lori . Taknak pulak dia buat gitu”

“Betul. saya patah lengan dan paha kanan, MC 5 bukak. berkerusi roda 3 bulan. Saman dapat 75K.”

Lihat rakaman dashcam di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen netizen :

@manje79 : ank saya eksident camni..fight insurans, moto mng. rm45k dpt.sbb moto di laluan yg btl.mujur mase tu ank x laju

@*ShahrizanNamaDiBeri* : samalah dengan sy tapi sy fight 50k.. pihak insuran nak bg 38k je mase memula naik court

@Bangau : tapi kalau kena teruk mcm tak berbaloi sbbtu bawak kenderaan kena beringat tkut jadi mcm atuk saya

@citiilaa : aku tak suka klau ada trafic light dua arah. satu utk belok, satu utk terus. utk terus hijau, utk belok merah. kadng tak perasan. ingt kn dua2 hijau

@Nurul Shafinah : paling tak best bila dduk dpn skli,dh hijau kite hati2 tkot ade org lmpu merah ke ape..skli kne hon sbb jln lmbt..

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous article“Sampai Senget Songkok Dia Sbb Tak Dpt Jumpa Ibu Ayah”-Hari Pertama Sekolah Dah Menangis Tak Jumpa Ibu Ayah
Next article“Siap Ada Wiper, Memang Steady”-Gelagat Remaja Ubah Basikal Ada Wiper Raih Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here