Belajar adalah perjalanan yang tidak berkesudahan, dan usia tidak seharusnya menjadi penghalang untuk melanjutkan pelajaran.
Baca juga : “Di Sebalik Keriangan Penghibur Maskot, Sekali Buka Rupa-Rupanya….”-Buat Warganet Sebak
Semangat berkobar-kobar untuk belajar yang tidak berkesudahan ini ditunjukkan oleh seorang wanita yang memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan pada usia 64 tahun.
Wanita daripada 10 cucu menyambung ijazah
My mother, at 64. Maktok to 10 cucus, (11th on the way) is on second year of her degreee.
❤️❤️ pic.twitter.com/o5IZsscYkG— Sölehudin needs a giant calculator! (@sthehu) March 4, 2023
Dalam tweet yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @sthehu pada 4 Mac, dia berkongsi tentang bagaimana ibunya mengambil keputusan untuk mengambil ijazah dalam pengurusan perniagaan semasa pandemik Covid-19.
Tambahnya, ibunya yang mempunyai 10 cucu, merasa bosan dan mahu menyibukkan diri.
Selain itu, dia mempunyai minat untuk belajar dan ingin meneroka subjek baharu, sekali gus mendorongnya untuk belajar pengurusan perniagaan di universiti tempatan.
Sumber : Twitter
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.