Mulai sekarang hingga 30 April, AirAsia menawarkan tiket sehala dengan harga tetap pada RM199 dan RM249 untuk destinasi di Sabah & Sarawak dari Kuala Lumpur & Johor Bharu.
Sempena Ramadhan yang bakal tiba beberapa minggu lagi, Raya juga begitu dekat.
Baca juga : Solo Traveller Meninggal Dunia Di Airport Madinah Semasa Menunggu Flight.
Baca juga : Customer Mengamuk, Penat Menunggu ‘Flight Delay’ Sehingga 5 Jam
AirAsia baru-baru ini mengumumkan penerbangan tambahan dengan tambang tetap untuk membantu mereka yang nun di sana bertemu dengan mereka keluarga sewaktu Hari Raya Aidilfitri akan datang ini.
Harga tiket ditetapkan daripada RM199 dan RM249 sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah masing-masing.
Anda boleh book penerbangan anda dari sekarang hingga 30 April untuk perjalanan antara 19 hingga 21 April 2023 dan 28 hingga 30 April 2023.
Untuk maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan dari Kuala Lumpur dan Johor Bharu ke Sabah dan Sarawak, sila lihat butiran mereka di sini.
Para pengguna yang melakukan perjalanan semasa musim raya dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk mengelakkan kesesakan. Juga amat digalakkan untuk mendaftar masuk sendiri menggunakan Aplikasi AirAsia Super, tersedia seawal 14 hari sebelum berlepas.
Jadi, apa lagi ? marilah sama-sama kita usha air asia. Boleh balik ke kampung halaman dengan jimat.
Sumber : The Rakyat Post