Baru-baru ini tular di tiktok @norsufiajohari atau juga dikenali sebagai cikpia di mana dia yang juga seorang ibu meluahkan rasa terkilan kerana terpaksa memilih 99 nama Allah untuk dibinkan atas nama anaknya disebabkan suaminya tidak mahu memberi kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara. Menurut ibu tersebut, suaminya itu masih ada masa untuk live di media sosial dan keluar dengan ‘makwe’ baru namun tidak mempunyai masa untuk hadir ke JPN bagi mendaftarkan nama anak mereka.
“pedih bagai dihiris hati ini..bapak masih live masih ade masa kesana kesini dgn “makwe” tp utk dtg ke JPN daftarkan ank xde masa.”
Rata-rata netizen berpendapat pihak JPN sepatutnya mempunyai timbang rasa terhadap masalah yang berlaku kepada cik pia memandangkan suaminya tidak mahu memberikan kerjasama yang sewajarnya.
“knp jpn x arahkan bt DNA test dan dakwa bapak yg tak bertanggungjawab macamni. berapa byk kes yg jadi tiada pembelaan. Main2 hukum nasab islam”
“xde ke sape² kenal org jpn yg berpangkat sikit..ramai kot dlm ni..”
“mungkin sebab ada yg salah guna …sebabtu diperketatkan..cuma mcm cikpia..terng2 suami tak bertggjawb..polis tlong lahh. arahkan laki dia p jpn..”
Lihat video di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga apa kata warganet :
@Rosnani Anie953 : Subhanallah Allahuakbar air mata ditahan-tahan keluar juga..semoga awak tabah menempuhi dugaan hari-hari yang mendatang
@ShidaAdenan : undang2 manusia ni menyusahkan. padahal anak no 2. ade sijil nikah. kat sijil nikah pun ade name & ic no. Rase kuat dah… doa cik pia.
@eKiN : sama mcm saya sis. terpaksa letak nme 99 nme Allah dekt ank num 2 ex suami lansung taknak bagi kerjasama.. .. semoga kita kuat untk ank2 sis..
@Zam2020 : jgn bersedih..satu masa nanti bapak budak tu akan rasa kesusahan yg awk rasa skrg..bapak budak tu akan menyesal
@madamRUBY : penyesalan bapa yg tak ada kesedahannya nnt.. tergamak sunghuh.. aku yg tgok pn sedih.. Allah tak tdo cpia.. sabar ja lah..
Baca juga : “Excited Sangat Jumpa Tokti Sampai Lupa Nama Anak..” – Penangan Tokti, Netizen Berdekah Lihat Gelagat Ibu Terlupa Nama Anak
Baca juga : “Betul Lah, Ni Ibu Punya” -Respon Kanak-Kanak Ini Stlh Mndpt Tahu Ibunya Hamil ‘Lagi’ Bt Rmai Yg Brdekah
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram