Seorang bapa terpaksa membawa kedua-dua orang anaknya yang masih kecil demi mencari pekerjaan di sebuah tapak pembinaan. Kisah ini berlaku di Nakhon Ratchasima, Thailand. Dikongsikan oleh seorang lelaki yang secara kebetulan menemui mereka berjalan di tepi jalanraya ketika cuaca panas.
Difahamkan anak beranak itu bertindak sedemikian selepas si ibu nekad meninggalkan mereka dipercayai dengan ‘melarikan diri’ bersama lelaki lain. Si bapa dan anak-anaknya berjalan kaki di tengah panas dan kelihatan letih dan kelaparan, apa yang lagi menyedihkan ialah lokasi yang dituju mereka juga masih sangat jauh iaitu dalam 100km lagi untuk sampai sebelum ditemui oleh seorang lelaki prihatin.
Tak boleh bayangkan bagaimana dan berapa lama mereka boleh sampai kesana dengan berjalan kaki, lagi-lagi anak-anaknya yang masih kecil. Mujurlah mereka terserempak dengan seorang pemandu yang baik hati dan kemudiannya menumpangkan mereka.
Pemandu yang menumpangkan mereka juga mengatakan:
“Saya memandu ingin ke tempat kerja, dan ternampak seorang lelaki membawa dua beg dan memegang tangan kanak-kanak kecil dipercayai anaknya di tepi jalan di Ban Kham”
Baca lagi: Bapa Berkorban Jalan Kaki 8KM Teman Anak Ke Sekolah, Punca Nya Buat Ramai Sebak
Baca lagi: Bapa bawa anak berumur 5 bulan ‘hiking’ di dalam hutan
Alangkah terkejutnya pemandu tersebut apabila mengetahui kisah mereka, berasa kasihan dengan mereka anak beranak. Dia kemudian menumpangkan mereka ke Korat dan memberi sedikit wang selain sempat memberi pesanan keoada lelaki itu agar menjaga anak-anaknya dengan sebaik mungkin.
Dari dalam kereta, dia melihat lelaki berkenaan terus membawa kedua-dua anaknya masuk ke dalam restoran yang pasti kelaparan setelah berjalan jauh mengikut si bapa.
Semoga mereka yang menghadapi kesusahan diluar sana diberikan kesenangan kemudian, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA