Zaman sekarang, harga makanan dan barangan semakin hari semakin mahal. Sebab itulah, kebiasaan ada yang berpendapat bahawa jika memasak di rumah harganya akan menjadi lebih murah dan jimat.
Harga makanan di gerai kadang-kadang boleh jadi agak mahal, tetapi ada juga yang berpatutan. Yang membawa keuntung kepada kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan juga pembeli.
Baca juga : “Murah Sangat Salah, Mahal Sangat Pun Salah”- Terkejut Dgr Harga Nasi Lemak RM 1
Baca juga : “Jual Nasi Berlauk Hanya RM3.50 Nak Bantu Orang Ramai”-Pemurah Betul Akak Ni ! Memang Terbaik
Tetapi, ada dimuat naik video seorang pengguna Tiktok yang memberitahu bahawa dia telah membeli dua bungkus nasi lemak, yang berharga RM40. Bungkusan pertama berharga RM18 dan bungkusan kedua berharga RM22.
Lihat video di bawah :
@ohbulanofficial
Bungkusan pertama yang berharga RM18 adalah berlauk telur mata, ayam, sotong dan nasi tambah. Bungkusan kedua yang berharga RM22 adalah berlauk ayam goreng, sotong dan juga rendang.
Walaupun kedengaran agak mahal kerana dahulunya kita dibesarkan dengan nasi lemak yang berharga RM0.50, namun kita kena terima hakikat bahawa sekarang zaman dan berubah, dan lauk pun boleh kira banyak tu.
Lihat apa pula komen dari warganet :
Ada yang kata mahal, malah ada juga yang mengatakan itu adalah harga standard. Jadi, apa pula pendapat anda ?
Sumber : Oh Bulan