Baru sahaja dengar kisah seorang lelaki yang bekerja sebagai pengutip sampah di Thailand menemui muntah paus bernilai Rm2.9 juta, kali ini seorang lagi lelaki di Thailand menemui muntah paus yang nilainya jauh lebih tinggi.
Seorang lelaki yang juga nelayan di Thailand, Narit Suwansang menemui muntah ikan paus yang dianggarkan bernilai sehingga 100 juta bath persamaan Rm13.4 juta duit Malaysia.
Narit Suwansang berusia 60 tahun, telah menemui batu muntah paus atau juga dikenali sebagai Ambergris itu ketika berjalan di sepanjang pantai Laem Talumphuk.
Ketika beliau berjalan menemui bongkah batu besar dan serpihan kecil berwarna kuning. Nalurinya mengatakan batu itu bukan batu sembarangan dan berhasrat untuk membawanya balik ke rumah. Walaubagaimanapun, dia terpaksa balik semula dan memanggil ahli keluarganya untuk membantu beliau mengangkat batu tersebut kerana terlalu berat untuk diangkat seorang diri.
Narit juga membuat beberapa ujian kepada batu tersebut dengan menggunakan kaedah pembakaran dan akhirnya dia mengetahui batu tersebut adalah Ambergris yang sangat berharga selepas ianya mengeluarkan bau aneh.
Baca lagi: Wanita Ini Trpaksa Selongkar Sampah, Terbuang Barang Kemas Bernilai Rm70,000
Baca lagi: Kawan Hairan Lelaki Ini Suka Kutip Daun Kering, Sekali Ramai Tak Sangka Nilai Sebenar
Berat batu tersebut dianggarkan sekitar 100kg dan paling berat yang pernah ditemui olehnya dalam sejarah. Beliau juga sudah pasti menjadi jutawan jika berjaya menjualnya kepada pembeli yang berminat. Tambahnya lagi, dia juga sudi bekerjasama dengan pakar-pakar yang berminat untuk memeriksa ketulenan batu Ambergris yang ditemuinya itu. Beliau turut memberitahu seorang ahli perniagaan Phuket menawarkan untuk membeli batu itu dengan nilai 960,000 bath (Rm128,974) sekilogram jika batu itu berkualiti dan datang dari muntah paus gred A.
Sejak kebelakangan ini, semakin kerap muntah paus (Ambergris) ini ditemui di Thailand seperto pernah dilaporkan di Rayong, Surat Thani dan wilayah Trang.
Antara kegunaan Ambergris ini adalah dalam bidang industri minyak wangi dan kosmetik di mana ianya bahan yang sangat berharga dan berkualiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA