Home Isu Semasa Nafkah bulanan Fatin Afeefa cecah 5 angka, Sekali ini respon suaminya

Nafkah bulanan Fatin Afeefa cecah 5 angka, Sekali ini respon suaminya

407
0

Hampir setiap hari, kehidupan pelakon Fatin Afeefa dan suaminya Aliff Awang menjadi tumpuan ramai sejak mereka mendirikan rumah tangga pada Disember lalu.

Terbaru, pelakon berusia 29 tahun itu sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik satu tangkap layar notifikasi transaksi bank daripada suaminya menerusi InstaStory.

Dapat nafkah lima angka?

Fatin turut mempersoalkan suaminya dengan meletakkan kapsyen ‘maintenance’ dipercayai merujuk kepada perbelanjaan bagi pengurusan dan penjagaan diri selepas berkahwin. Jika dilihat pada bahagian jumlah transaksi yang telah dikaburkan, pelakon drama Cindai itu seperti menerima nilai mencecah lima angka.

Maintenance’s eh?,” tulisnya ringkas sambil meletakkan akaun Instagram milik suaminya.

InstaStory tersebut dikongsi semula oleh Aliff yang juga usahawan pelaburan seolah-olah mengiyakan kenyataan isterinya selain menyifatkan bahawa perkahwinan juga adalah satu bentuk perniagaan.

Marriage is a business,” balas Aliff atau mesra dipanggil sebagai Opai.

Sebelum ini, Aliff dilihat sering menerima kecaman netizen disebabkan pelbagai kenyataannya yang dikatakan serba tidak kena untuk difikirkan.

Dari isu gigitan cinta, lelaki dominan, menunjuk jumlah pendapatan, tidak menghargai ‘gift’ murah daripada pengikut dan banyak lagi, netizen sekali gus meluahkan rasa kurang senang terhadap jutawan muda berkenaan.

Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat IgStory di bawah:

photo 2023 02 04 13 47 34

photo 2023 02 04 13 47 38

Sumber: Instagram

Previous article“Tak Cukup Duit Nak Makan? CAKAP” – Peniaga Mknn Pemurah Bg Percuma Nasi Bajet
Next article“Kalau Lambat Tunggu Laa,Bayaq Pun Seringgit Ja”- Pergi Klinik Kerajaan Tp Komplen Lmbt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here