Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok abangjanggot, yg telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki membuat klip durasi pendek mengenai pekerjaannya yang bekerja sebagai ‘maintenance’ kereta api. Beliau menunjukkan wayar kereta api itu dipotong, turut mendapat tahu bahawa ia dipotong dengan benda tajam dan tempat kejadian tidak pasti. Oleh disebabkan itu, perjalanan kereta api pun menjadi tangguh dan lambat untuk bergerak.
Netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mengatakan perkara ini sering berlaku dan kemungkinan wayar tersebut dicuri ataupun dikhianat. Ada juga yang berkongsi cerita pengalaman mereka bekerja di bahagian itu, serta mempunyai banyak situasi salah satunya wayar itu dicuri orang. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 302.8K penonton, 7359 sukaan dan 451 komen.
Baca lagi: “Trpaksa begilir2 dukung nenek..” Keluarga Ezzaty Ada Dlm Kereta Api Trbakar Di Kelantan. Ezzaty Dedah Detik2 Kej4dian.
Baca lagi: “Akak Tak Salah, Kereta Yang Salah” – Kereta Terbang Masuk Parit, Semua Selamat
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@’MF Technical: yang paham system electrical jer yang mampu merembat cable dalam keadaan live.Bagi trip dulu..
@matex: dulu pernah ada kes kantoi curi kabel kat area setapak kL. dorg paku dulu dah trip baru dorg potong..
@Hyunckel: Berape la sngt dgn hasil tembaga tu dgn risiko safety yg tggi diambil. Aduhh sabor jela
@Selipaputuih: pakai chop tajam tu parang nk memarang jenuh xlepas
@alangseng: perghhhh pakai parang aq rasa ni dioarg keturunan Clark kent Dr kampung Smallville
@Satriabajahitam: Perhh Armoured Cable 4 core 3 phase doooo kerat dgn parang mcm tu jer..hehe…kita yg keje Elektrik ni time current ON pun dah susah ati
@TRUCKERSLOADERkelate: banyak kilo dapat tu, dia betul² dalam kesusahan tu kalau tak, tak kan dia sanggup potong voltan 415, boleh arwah tu
@Khai: Brp byk la sgt tembaga dlm armored kabel tu..baik pi ambik busbar kt SS ke PPU ke PMU ke ..itu pun klu ambik insurance mahal
@RyukenZo 66669999 1: Bermakna ada orang susah lagi kt situ yg sangup mencuri
@RAJAAZAM: sapa la yg jenis nyawa ad 10 ni klu ak fikir byk kli jgk la nk curi kabel tngh hidup haa
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram