Kisah ini dikongsikan oleh seorang cikgu yang dikenali sebagai Mohd Fadhi Salleh mengenai anak muridnya yang bernama Alisa (bukan nama sebenar) berusia 10 tahun, dan telah ditular di media sosial.
Fadhi mengatakan beliau mendapat mesej bahawa anak muridnya Alisa menjual tisu dan meminta sedekah di hadapan restoran terkenal iaitu KFC. Beliau bergegas ke sana untuk melihat dengan matanya sendiri serta rakannya juga turut ikut bersama. Setelah nampak kelibat anak muridnya sambil menjual tisu dan meminta sedekah, rakannya juga menarik tangan kanak-kanak itu dan sejurus masuk ke kedai makan tersebut.
Baca lagi: “Jeti Roboh Di Sabah Ketika Guru Dan Murid Nak Ke Sekolah”-Moga Allah Balas Jihad Pengorbanan Mereka Semua
Baca lagi: “Menusuk Jiwa, Meremang Dengar..” – Nyanyian Nasyid Di Festival Fitrah Murid Orang Asli Tarik Perhatian Netizen
Beliau turut memberi pelbagai soalan kepada anak muridnya kenapa dan mengapa dia menjual tisu dan meminta sedekah di kawasan tersebut. Namun respon beliau telah membuatkan dirinya panas hati mendengar.
Alisa mengatakan:
“Mak suruh”
Alisa menjawab soalan Fadhi sambil merenung meja. Fadhi juga mengatakan mengambil masa yang lama ‘basuh’ dia malam itu, lebih lama beliau ‘basuh’ kakaknya yang serta buat perkara sama menjual dan meminta sedekah berhampiran kedai tersebut.
Fadhi juga mengatakan anak muridnya sering disuruh meminta sedekah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan teman lelaki ibunya. Dapat sahaja duit jualan terus diambil oleh mereka, yang tinggal hanya duit syiling sahaja.
Beliau turut memberi Alisa dua pilihan antara menetap dengan JKM ataupun ibunya, jika dia mahu duduk bersama ibunya beliau tidak izinkan untuk meminta sedekah dan jual tisu lagi. Oleh itu, Alisa mengatakan mahu duduk bersama ibunya dan beliau turut mendengar kata-kata cikgunya sambil berkata ‘baiklah’.
Cikgunya juga mengatakan kepada Alisa untuk berjanji jangan berbuat demikian lagi, turut barang keperluan seperti belanja sekolah dan barang dapur juga beliau sanggup berikan.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA