Home Uncategorized Penyakit Demam Babi Afrika Boleh Menjangkiti Manusia? – Dr Beri Penjelasan

Penyakit Demam Babi Afrika Boleh Menjangkiti Manusia? – Dr Beri Penjelasan

255
0

African Swine Fever (ASF) adalah penyakit pada babi yang sangat menular dan dapat menyebabkan kematian pada babi hingga 100 % sehingga mengakibatkan kerugian ekonomi yang sangat besar. Virus ASF sangat tahan hidup di lingkungan serta relatif lebih tahan terhadap disinfektan.

Penyakit ini mulai tular berikutan terdapat satu kes positif penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di Negeri Sembilan. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr Kamarulrizal Mat Isa berkata, pihaknya menerima laporan kematian seekor babi hutan jantan dewasa di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson pada 3 Januari lalu.

Persoalan tersebut menjadi persoalan netizen baru-baru. Hal ini kerana ramai orang risau sehinggakan melarang yang lain untuk pergi ke Port Dickson berikutan risau jika penyakit tersebut boleh merebak kepada yang lain.

Di twitter seorang doktor haiwan iaitu pemilik akaun @drimavet telah memberi penjelasan mengenai penyakit yang sedang tular baru-baru ini di mana terdapat persoalan adakah penyakit tersebut boleh menyerang manusia. Doktor tersebut telah menekankan bahawa penyakit tersebut hanya menyerang babi sahaja dan tidak pada manusia. Dan penyakit tersebut bukanlah penyakit yang mudah berjangkit dan tidak menjangkiti manusia. Tambahnya, orang ramai risaukan penyakit itu menyerang manusia terutama peladang kerana ianya boleh menimbulkan masalah kepada ekonomi dan negara.

“Penyakit Demam Babi Afrika (African Swine Fever) boleh menjangkiti manusia?

Jangan risau semua, AFRICAN Swine Fever hanya berjangkit di kalangan babi sahaja.

Selagi kita bukan babi, tak perlu risau ya.”

Lihat video di bawah :

Lihat juga apa kata warganet :

@Clarra : X boleh jangka jg doktor..zaman skrg dah ramai manusia jd babi…nasihat ni bagus jg

@fatini_sara : Thank you for this. Baru tdi jumpa bangkai babi hutan belakang rumah. Xtau nk report kat sapa. Call majlis bandarraya n ppv daerah xangkat Kiranya weekdays bru boleh report ke

Terdapat juga persoalan di mana ada netizen bertanyakan kesan jika manusia memakan babi yang terkena penyakit tersebut.

“Kalau manusia makan babi yang dijangkiti ASF tu apa kesan dia ya?”

Dan ini jawapan doktor tersebut :

“African Swine Fever tak affect manusia yang makan daging babi yang terjangkiti virus tersebut”

Sebelum sebarkan apa-apa cerita atau informasi pastikan kesahihannya terlebih dahulu supaya tidak mengundang rasa takut pada rakyat lain.

Baca juga : “Babi Kalau Nk Halal Kena..”- Zizan Razak Berani Bg ‘Punchline’ Pelik Buat UAI Tergamam

Baca juga : Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut, Sekali Doktor Tergamam Apabila Tahu Identiti Nya

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter

Previous articleSebak Betul Dengar Tokti Nyanyi Lagu Tamil, Sememangnya Penyanyi Nombor Satu Negara
Next articlePemuda menyeberangi sungai cedera dibaham buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here