Khairy Jamaluddin, merupakan bekas ketua Umno telah dipecat oleh Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat. Namun, rezeki tidak salah alamat apabila kurang daripada 24 jam Khairy Jamaluddin telah disambar oleh DYAM Tunku Muda Johor untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) dan penasihat bola sepak Johor Darul Takzim.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail di halaman story aplikasi Instagram.
“Future JDT FC ceo and Johor Youth Adviser..” Tulis Tunku Ismail di kaption story.
Khairy Jamaludin yang bersyukur dengan peluang yang diberikan turut memuat naik semula status TMJ.
Dia menulis kaption “Satu pintu tertutup, satu lagi pintu terbuka. Rezeki di tangan Allah”
Keputusan tersebut dilihat satu pilihan yang bijak kerana kita semua sedia maklum yang Khairy Jamaluddin bukan calang orang. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018.
Untuk pengetahuan, Khairy menunjukkan minat yang mendalam terhadap bola sepak apabila dia menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 2007
Min doakan yang terbaik untuk Khairy Jamaluddin. Rezeki Allah itu luas, insyaAllah rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk beliau.