Sebut sahaja kiamat, pasti ramai yang akan risau. Cukupkan amalan kita untuk menghadapnya?
Ada banyak tanda-tanda kiamat, seperti terbitnya matahari dari barat, paras air laut menaik, gempa bumi dan banyak lagi. Ada juga yang berpendapat keluar banyak haiwan-haiwan yang pelik sebagai petanda kiamat.
Terkini, Sotong gergasi 2.5 meter dirakam di luar pantai Jepun.
View this post on Instagram
Video tersebut dirakamkan pasangan penyelam skuba Yosuke Tanaka, 41, dan isterinya, Miki, 34, pada awal bulan ini di luar pantai Bandar Toyooka.
Dalam video ni menunjukkan sotong gergasi dengan sesungut besar dan panjang berwarna putih dan merah pucat muncul selama 30 minit di depan mereka.
Besar betul sotong tu, perkara ini mungkin nampak janggal tetapi tidaklah mustahil. Lautan itu sungguh luas dan masih banyak lagi tidak diterokai manusia.
Kita sebagai manusia sewajarnya bersiap daripada awal. Siapkan amalan untuk berjumpa dengan sang pencipta.