Buah durian sememangnya buah yang mempunyai peminat yang ramai kerana rasanya yang sangat enak dan tiada tandingan. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa buah durian seringkali dianggap sebagai raja buah.
Apabila tiba musim durian, sudah pasti ramai orang yang teruja mahu makan durian hinggakan ada yang sanggup membayar mahal demi dapat makan durian terutamanya durian jenis premium.
Baru-baru ini, tular mengenai seorang lelaki yang membeli buah durian berkualiti premium jenis black thorn (duri hitam) seberat 1.8kg yang dibelinya dengan harga RM117.
Kerana teruja mahu memakan durian yang dibelinya, lelaki ini turut berkongsikan video saat-saat dia membuka buah durian black thorn itu.
Sudah pasti dengan harga dibayar sebanyak Rm117 dan durian juga jenis premium, lelaki ini menyangkakan dia akan mendapat isi durian yang sedap yang setanding dengan harganya.
Namun apa yang mengejutkan adalah apabila dia mengopek buah durian itu, tiada satu isi atau tiada satu pun biji durian di dalamnya.
Baca Juga: “Kurang Ajar Kamu Ya Memfitnah Saya..” – Berang Difitnah, Ogy Ahmad Daud Ingin Saman
Baca Juga: “Proud To Be Malaysian”- Adik Melayu Tolong Uncle Cina Tukar Tayar Kereta
Lelaki ini jelas sangat kecewa kerana dia sudah berhabis duit seratus lebih untuk membeli durian kosong,tiada isi dan harapannya untuk makan durian itu tidak tercapai.
Perkongsian lelaki ini menimbulkan pelbagai reaksi dan komen daripada netizen yang turut terkejut melihat kualiti durian jenis premium tersebut.
Bahkan bagi durian-durian yang lebih murah dan biasa dijual juga sangat sukar untuk mendapatkan durian yang langsung tiada isi seperti ini.
VIDEO:
Lihat juga apa kata orang ramai:
“pokok durian kita pun biasa kenal ini masalah jadi buah dlm tiada isi rugi masa bertahun2 jgn kata nak jual nak mkn seulas xdpt klau tanam ketum sdh kaya selama tunggu durian berbuah 6,7thun..”
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.
Sumber: FB