Tokti atau nama sebenarnya Dato’ Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi dan usahawan terkenal Malaysia. Baru-baru ini tular apabila Tokti menunjukkan rumahnya di Dubai.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik kick_kapoor8989 menunjukkan beliau sedang menjawab soalan media mengenai aset rumahnya di Dubai. Klip video tersebut menunjukkan Tokti yang menjawab harga rumahnya yang tular sebanyak RM40 juta itu tidak benar. Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak mampu untuk membeli rumah harga setinggi itu.
Rata-rata netizen mengatakan bahawa media telah salah bertanya kepada Tokti kerana Tokti memang dikenali dengan sifat ‘humble’ nya. Ramai juga yang mengatakan jika dibandingkan dengan Dato’ Aliff Syukri, beliau akan menyatakan setiap harga asetnya. Ada juga yang mengatakan bahawa harga tersebut lebih dari mampu untuk Tokti tetapi beliau tidak mahu mengatakannya.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 200K tontonan, 4K sukaan dan 150 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@MUHAMMAD NAZREEN : Tulah namanya siti nurhaliza,seorang yang rendah diri,love tokti
@Fred Junior: salah org nak tanya harga…cuba tanya Alif Syukri automatik dia bagitau lebih dari harganya
@ss: orang mcm siti ni…dia lebih suka investment untuk akhirat.
@Susanti Danish: siti nurhaliza mmg seorg yg rendah diri baik budi pekerti dari dulu hingga kini
@ejoy 09: Kalau betul pon 20, 40 juta.. dia xkan sebut n tetap humble dgn kata dia x mampu.. walaupun dh lebih dr mampu.. itulah Tokti…
@Sharman.CWM ( Shukri Rahman ): betull.. mungkin nilai Aset tu macam tu tapi ini Investment .. macam Kita beli kereta …
@watie_aina: sgt merendah diri. dia mampu sbenarnye .. tp dia xnk org ckp dia berlagak. sbb tu la dr dlu sy mnt tokti . sbb sikap merendah diri dia la .
@Didie Starz: Dari dia bayar cukai lhdn beban banyak2 baik duit tu buat beli rumah dan lain2 under nama syarikat kan? Kan?
Sumber: Tiktok, Wiki