Ibu bapa adalah insan yang sanggup korbankan apa saja demi melihat anak-anak nya gembira. Sanggup keluar pagi, balik malam semata-mata ingin mencari rezeki untuk anak mereka.
Ada dimuat naik sebuah video Tiktok oleh @nurulain_jidan yang mana seorang ayah sanggup membonceng motorsikal nya sejauh 40km semata-mata ingin menggembirakan anak-anak kesayangan nya itu.
Lihat video di bawah :
@nurulainjidan Jasa & pengorbananmu tidak terhitung… Terima kasih untuk segalanya ❤️❤️❤️
Sesudah sampai saja di rumah, jelas kelihatan dua orang anaknya yang sangat teruja dan tidak sabar menuggu kepulangan bapanya itu.
Baca juga : Ibu Tekup Anak Sehingga Mati Telah Didakwa Di Mahkamah
Baca juga :Bapa Belajar Hisap Dadah Dari Anak
Bapanya yang mengendong dua beg plastik yang diisi dengan kotak permainan untuk anak-anak kesayangan nya itu. Sungguh teruja dan terharu melihat kegigihan seorang bapa yang sanggup berkorban apa saja demi anak-anaknya.
Lihat pula apa komen dari warganet :
@TOBI:Percaya la , kau bahagiakan family , rezeki kau tak akan pernah terputus , jadi setiap rezeki itu , ada terselit rezeki anak2 , kongsi bersama
@tynazarina:Alhamdulillah,bertuah korg dik…acik ni dulu,,ayah balik bukan dpt hadiah,tp dpt rotan. . walaupun x buat silap
@Ara Zazali :Tengok mcm ni pon aku rasa sedih, ape aku dah tua ke . Semoga family awak bahagia selalu ya dimurahkam rezeki seluas lautan, aamiin
@huzaidharis:Happy nyaaa family ni, semoga rezeki korang anak beranak sentiasa melimpah ruah
@danielniel816:Rezeki anak² rezeki Keluarga bahagian..semoga terus sukses dlm kehidupan…Berdoa yg terbaik..
Sungguh jelas, bahawa kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak nya tidak terbelah bahagi. Walaupun mungkin nampak biasa, tetapi iainya amat luar biasa kepada mereka yang merasai nya.