Kisah ini berlaku baru-baru ini yang melibatkan seorang pekerja lelaki di syarikat pengeluaran ubat terbesar di Chile, Consorcio Industrial de Alimentos (Cial).
Pekerja lelaki ini sepatutnya menerima gaji bulanan beliau sebanyak 500,000 peso (RM2,389) tetapi disebabkan kesilapan majikan tersalah masukkan gaji beliau telah menerima sebanyak 165,398,851 peso (RM790,364) yang di masukkan ke akaun beliau.
Baca lagi: Sungguh malang dari gaji RM540,000 seminggu, kini Ronaldinho hanya ada RM27 dalam poket seluar!
Baca lagi: Ketahui Sebab-Sebab Sumbangan Tun Rahmah (STR) Lambat Masuk Ke Akaun Penerima
Oleh itu, majikannya juga sudah memaklumkan kepada pekerja lelaki itu dan beliau turut berjanji untuk memulangkan lebihan gaji yang diterima. Pada 30 Mei, seorang pembantu pejabat di syarikat pengeluaran ubat tersebut telah menghubungi timbalan pengurus untuk melaporkan kesilapan yang dilakukandalam pembayaran gaji bulanan pekerja. Selepas siasatan dilakukan, memang terbukti ada pembayaran gaji pekerja yang membabitkan berjuta-juta peso.
Namun pekerja lelaki tersebut telah meletakkan jawatan dan menghilangkan diri setelah beliau berjanji untuk memulangkan wang lebihan yang diterima oleh majikan.
Syarikat berkenaan terpaksa mengambil tindakan undang-undang dan dalam percubaan memulihkan kerugian syarikat. Bekas pekerja lelaki itu juga tidak dapat dikesan hingga kini.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Saja Gempak