Tndakan wanita yang juga isteri orang mengunjungi rumah seorang bomoh kononnya untuk mendapatkan bantuan kerana mempunyai masalah rumah tangga memakan diri apabila mereka dicekup kerana bersekedudukan di sebuah rumah di Bedong di sini pada Jumaat lalu.
DaIam serbuan pada pukul 2 pagi itu, bomoh tersebut yang berusia 65 tahun mengambil langkah berani dengan mencabar penguat kuasa supaya melakukan pemeriksaan bagi membuktikan dakwaan terdapat wanita di dalamnya.
Angg0ta penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) dan pertubuhan bukan kerajaan, Skuad Badar kemudian menjumpai seorang wanita berusia 35 tahun dalam keadaan berkemban bersembunyi di tingkat atas rumah tersebut.
Baca Juga: “Sikit-sikit dahla sis, laki orang tu…” – Kemesraan Ahirine dan Farid Kamil buat netizen risau
Seorang wanita dalam keadaan berkemban menyorok
Pgawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, sebelum itu, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang melihat seorang wanita mengunjungi rumah bomoh tersebut pada Khamis lalu.
” Ketika pihak kami memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan, lelaki tersebut (bomoh) yang hanya berseluar pendek memberitahu, dia berada di rumahnya seorang diri.
” Bagi menyakinkan anggota penguat kuasa, lelaki itu mempelawa pemeriksaan dilakukan di dalam rumah berkenaan.
” Pihak kami menjumpai seorang wanita dalam keadaan berkemban di tingkat atas rumah tersebut,” katanya.
Sudah beberapa kali datang bermalam
Mohd. Noor memberitahu, siasatan mendapati wanita itu sudah beberapa kali datang dan bermalam di rumah bomoh tersebut sebelum ini.
” Bomoh itu tinggal seorang diri kerana isterinya yang lumpuh dijaga oleh anak mereka yang tinggal di luar daerah ini.
” Wanita itu mengaku dia mengunjungi rumah bomoh tersebut untuk mendapatkan bantuan bagi memudahkan proses penceraian bersama suaminya,” katanya.
Menurut Mohd. Noor, pasangan itu ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Sksyen 25 Enakmen KsaIahan Jnyah Syariah Kedah 2014.
Tambah beliau, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk proses dokumentasi sebelum diarah hadir untuk proses tindakan undang-undang di Mahkamah Syariah Kuala Muda di sini dalam masa terdekat.