Menerusi satu klip yang dikogsikan oleh salah seorang peminat Neelofa, kertana klip yang menjadi bualan ramai di aplikasi Tiktok yang mengejutkan ramai orang apabila Neelofa tampil di rancangan Meletop sebagai tetamu undangan bersama suami kesayangan beliau PU Riz atau lebih dikenali sebagai Haris untuk menceritakan pengalaman menjadi seorang ibu dan bapa kepada anak lelaki mereka iaitu Muhammad Bilal. Namun terselit dalam rancangan tersebut apabila mereka ditanyakan akan detik perkenalan mereka sehinggakan sampai ke pelamin dan hal ini membuatkan Haris malu untuk menyuarakan tapi isteri beliau yang sudah tidak kekok dalam industri itu tidak sabar ingin menceritakan detik perkenalan merekas kepada para peminat.
Dalam kerata klip tersebut, Neelofa yang kelihatan begitu bahagia ingin berkongsikan detik perkenalan beliau dengan suami beliau namun dihalang pada awalnya oleh suami beliau kerana terlalu malu untuk menceritakan kisah tersebut kepada umum. Namun kelembutan Neelofa meminta izin untuk menceritakan sedikit kepada para peminat membuatkan PU Riz mengizinkan Neelofa berbicara. Neelofa menceritakan bahawa pada ketika itu, beliau mencari seorang imam untuk dijadikan imam pada solat terawih di rumah beliau dan akhirnya beliau bertemu Haris untuk mengimamkan beliau dan ahli keluarga beliau pada saat itu. Sepanjang ramadhan tersebut, beliau sudah dilamun cinta apabila melihat Haris dan dari situlah kisah percintaan mereka bermula dan ini membuatkan riak muka PU Riz berubah malu dan meminta hos rancangan beralih soalan kerana bagi beliau, penceritaan cukup ringkas dan padat serta sampai kepada para peminat.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Zahidah Z:Lofa tu nk citer semua tu , lama simpan hahahahaha
@Mek Amy:aku pulak trsengeh² bila neelofa bcerita detik² lopa n pu
@LinaAzlina:pu riz faham agama tu dia x nk wife dia bercerita lebih2. tp ramai nk tahu termasuk aku mcm mn first blh terjatuh chinta
@Hang Donut:rindu gila nak lofaaa dlm meletop . rindu nk tgk dia gelak2
@believe99135:so sweet and humble sanggup confess yg dia yg terjatuh cinta dgn haris dulu
@R U L A N :org lain nak shre psl drg bole pulak tang lofa smua serba x kena kt mna org lain x fhm ak walhal drg pun manusia juga
@matcha latte:betul la.saya prasaab awal pkp ustaz selalu dtg rumah lofa..hujang tahun 2020,neelofa tunang berpurdah
@shazlina.m:yes2, i remember during that time, neelofa ada up kat ig gambar and video time pu riz dtg rumah dia kasi ceramah. i was wondering mcm ada apa2 jer.
@kak yongtoufu:masa lopa.cakap jatuh cinta . aku tersenyum . begitu lah rasa masa jatuh cinta kat suami aku .
@cikhana23:sungguh la dia jaga suruh cut cepat. bagus dia cuba jaga batas
@Your habibti :Dpd dia bercerita. Neelofa yg approach dlu. Bguslah tu. Sbb dia cari imam yg terbaik. Pu Riz waktu tu mesti tkde nk feeling2, yelah neelofa kan
@ZÄ¥RÄ:Klu pu riz xde kat sebelah tu mgkin lofa cerita semua tu. Sbb lofa masih nakal2 lagi, kena ada pu riz sentiasa kena tegur. Alhamdulillah perfect match
Setelah mengenali PU Riz pada ketika itu, hidup Neelofas kini berubah kearah yang lebih baik. Atas kuasa Allah urusan jodoh mereka dipanjangkan dan akhirnya Haris dapat melafazkan akad dan kini mereka mempunyai seorang cahaya mata yang bernilai. Kebahagiaan yang jelas dilontarkan oleh Neelofa ketika menyatakan bahawa beliau yang pada awalnya terjatuh cinta terlebih dahulu mendapat perhatian netizen kerana ramai yang tidak menyangka bahawa hubungan mereka dimulakan dengan keberanian Neelofa untuk menyatakan hasrat beliau untuk memiliki PU Riz.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram