Menerusi satu perkongsian yang dikongsi di aplikasi Tiktok baru baru ini, Dato Siti Nurhaliza dikatakan baru pulang dari mengerjakan umrah dan pergi ke sebuah klinik untuk membuat ‘swab test’ untuk kesihatan diri beliau. Namun ketika beliau tiba disini, para peminat yang sedia menanti kehadiran beliau begitu teruja melihat kehadiran beliau di klinik tersebut dan terus merakam beliau ketika beliau diminta untuk ‘sign’ dan menyanyikan sebuah lagu raya kepada para jururawat tersebut. Rakaman tersebut telash mendapat perhatian ramai kerana celoteh Tokti pada ketika itu amat melucukan dan mencuit hati para peminat.
Melalui klip tersebut, penggayaan Tokti pada ketika itu kelihatan begitu anggun dan lemah lembut serta tidak sombong walaupun beliau telah berada di dalam industri seni dalam tempoh yang agak lama. Beliau yang kelihatan masih penat tetap cuba hiburkan para peminat beliau dnegan menyanyikan sebuah lagu hasil permintaan peminat beliau yang berada di klinik tersebut. Namun, apa yang menghiburkan pada klip tersebut, ketika beliau dimita untuk menyanyikan lagu ‘Sesuci Lebaran’, beliau tersasul menyanyikan lagu raya tetapi menggunakan irama lagu ‘Pengantin Baru’ dan ini membuatkan ramai ketawa geli hati melihat gelagat beliau yang keliatan seprti malu itu. Beliau menyatakan bahawa beliau selesa jika menyanyi di atas pentas tapi jika di depan orang ramai sebegini, beliau sangat segan dan ini membuatkan ramai terkejut dengan kenyataan beliau kerana beliau masih ada rasa rendah diri walaupun beliau dikenali ramai dan digelar sebagai penyanyi no 1 di tanah air.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@zul_khann:humble betul..patutlaaa dia masih no.1 di hati jiwa rakyat Malaysia
@Abe Yo:Org kaya relex2 je xpakai emas kepok2 very humble sgt. Ptut semua org suka dia xsombong pulak tu
@Bangcamm !:penyanyi no 1 malaysia layan fans macam ni , respekkkkkk tokti
@rozana said:tok ti kalo nengok mata..ingt masa mula² jd retis..kita satu toiled..nengok tokti mcm ank jepun…simple je..dia lepak mkn kat bunga tnjung kat AP
@Alha_Beta:relax je level2 celine dion sign2 dlm kereta..patut la smpai sekarang maintain dlm industri.
@ziq:humble..sbnrnye tokti ni terlalu sygkan peminat dia, sbb die tahu sbb support dr peminat la die berada kat tempat die skrg, follow la sy yg baca ni
@moiz_amin2:tokti skrg nampak rilex dan pandai bergurau camni lah kita nak…huhu
@@@𝕚𝕛𝕒𝕥_87:syok la klu ada buat sweb test,hr² blh jumpa.. teringinnya nak jumpa artis no 1 ..
@TIompun:humble nya, kalau Artis lain . req je trus nyanyi dia Ada Rasa segan ye..wlpn satu Malaysia tau suara dia sda
@kambing hitam:siap tnya ada lagi x..xde sbb la utk x suka tok ti ni..keperibadian dia mmg superb
@.:simpn pen tu elok² nanti boleh cerita dekat anak anak yang siti pernah guna pen ni
@NIZAM NASRAN:Dari awal remaja aku minat dia sampai skrg.. dia mmg terbaikk layak gelar No 1 negara.
@Meguminnn:bila lah nk dapat sign tok ti minat dia dari zaman budak2 lagi
Hasilnya, beliau menyanyikan lagu ‘Sesuci Lebaran’ dengan keadaan bersahaja namun masih sedap didengar walaupun tiada melodi dipasang. Lontaran suara beliau masih menjadi pujaan ramai yang seerti menggunakan irama tradisional dalam setiap lagu yang dimainkan. Setelah siap bernyanyi, beliau cuba berjenaka dengan para peminat beliau dengan meminta diskaun kerana sudah menanyikan sebuah lagu kepada para jururawat yang berada di klinik itu dan ini membuatkan ramai tidak kering gusi dengan gelagat penyanyi no 1 tanah air tersebut.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram..