Menerusi satu perkongsian dari seorang selebriti yang dikenali ramai, Mira Filzah selamat melahirkan putera sulung beliau pada tanggal 10 Mac 2022. Perkongsian beliau mendapat perhatian ramai kerana agak terkejut dengan perkongsian yang diumumkan oleh Mira Filzah dan pasangan beliau. Ramai yang mengetahui bahawa sifat Mira Filzah yang jarang berkongsikan hal peribadi rumah tangga beliau di sosial media dan tidak pernah berkongsikan usia kandungan beliau di mana mana sosial media.
Perkongsian beliau pada hari ini membuatkans beliau dan pasangan mendapat pelbagai pujian dari para peminat dan barisan artis di tanah air. Mira dan pasangan mengumumkan bahawa Mira Filzah sudah selamat melahirkan putera sulungnya dengan mendapat tarikh yang sama seperti mira Filzah dan ini membuatkan ramai menyatakan bahawa pasangan tersebut sangat bertuah kerana dapat menyambut dua peristiwa dalam satu masa. Mira Filzah yang dikatakan tidak pernah menunjukkan perut beliau yang semakin mengembang dengan memakai baju yang besar dan tidak mengumumkan usia kandungan beliau mengejutkan semua dengan berita kelahiran beliau. Sifat rendah diri dan menjaga rahsia rumah tangga beliau membuatkan beliau mendapat pujian. Suami beliau yang dikatakan begitu menyayangi Mira dengan penuh kasih sayang sentiasa setia berada di sisi isteri tercinta semasa ingin menyambut putera sulung mereka di hospital.
Perkongsian berita kelahiran anak mereka membuatkan para peminat tidak sabar untuk melihat wajah anak mereka yang comel itu. Sehingga kini, beliau masih enggan berkongsi wajah anak mereka kerana anak lelaki beliau baru sahaja dilahirkan dan perlu menunggu waktu yang sesuai untuk dikongsi. Diharap para peminat dapat menunggu dan hormati keputusan pasangan tersebut dan kini Mira Filzah sedang berpantang di samping suami yang dicintainya.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Instagram