Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh seorang pembaca berita Awani baru baru ini berkongsikan kisah harian beliau ketika menjelan 1 Syawal baru baru ini. Ketangkasan beliau cuba emngejar waktu untuk siaran langsung mengejutkan semua dengan kemampuan beliau yang begitu tampak profesional saat berada di hadapan kamera. Klip tersebut mendapat perhatian netizen kerana pemberita yang bernama Syazwani itu mampu berlari selaju yang mungkin dengan hanya memakai kasut bertumit tinggi dan ini membuatkan beliau mendapat pelbaga ipujian dari orang ramai.
Melalui klip tersebut beliau ditugaskan untuk bekerja pada saat orang lain sibuk pulang bertemu keluarga yang tersayang di halaman kampung. Beliau yang cuba gagahkan diri untuk bekerja untuk negara dengan bekejaran dari rumah, kesesakan lalu lintas akibat hari perayaan dan mampu hadir ke stesen sebelum 5 minit siara langsung akan bermula. Detik berkejaran mengejar masa itu dikongsikan untuk tatapan umum dan ramai yang mengagumi sikap dan cara beliau yang mampu melakukan apa sahaja untuk sampai pada waktu yang ditetapkan. Namun apa yang mengejutkan adalah ketika beliau sudah ersiaran langsung, tiada sebarang kesalahan dibuat oleh beliau dan ramai mendapati bahawa begitu profesional ketika bekerja kerana mampu menahan nafas yang seperti tidak cukup oksigen ketika hadir masuk ke stesen tersebut.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Aimaduddin Aiman:kalut2 tpi x dgr pun mengah tu…kalau Saya, 15 minit pertama prompter dah keluar teks, Saya masih bernafas mcm dinosaur
@Syafiqah Mohamad:Dengan cellotape belakang baju tu adoii
@AnoFida:A’ah… saya ada tengok mula mula kat tv1 tak silap. Pastu eh kat awani dah
@Faaaajerrrr:Power nya control nafas.
@fatinnabiha18:saya yang semput tgk awak sampai2 terus live
@mdenx_:dah lari lari pun baca steady lagi, power betul hahaha
@arthr.ar:ak plk yg sesak napasss tgk nyee
@SayurSawi:Dengan heels nya ya Allah moga sentiasa mudah urusan akak . Nampak kalut tu
@Cem:rahsia baju depa sentiasa kemas dan terletak elok terletak pada seletip
@firline:Ohh macamtu rupanya tips baju kekal cantik woww gituh, letak tape ghupenyaaa
@Syuhada Abas:Hahaha.. ingatkan mmg dh tahu awal org² berita ni
@shahrilhadiSJS:sedut oksigen dlm tangki oksigen ke kak sblm on air tu?x de cungap2 pun
@afq_frs:NI KALAU AKU DH TERCUNGAP TK CUKUP OXYGEN HAHHAHAHAHA…
Ramai yang baru sedar akan etika seorang pembaca berita ketika melihat perkongsian dari pembaca berita tersebut. Baju raya beliau dikemaskan dengan rapi dengan meletkkan ‘salotape’ di bahagian belakang baju supaya tidak nampak comot dan tidak kemas. Penggayaan yang digayakan untuk pembaca berita itu membuatkan ramai terpegun kerana kelihatan begitu rapi dan masih kelihatan anggun dan cantik. Etika beliau juga ketika berada di hadapan kamera juga membuatkan ramai tidak menyangka bahawa beliau merupakan seorang pembaca berita yang begitu mahir dan berdisiplin.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram