Home Hiburan “Tak Sangka Anak Sulung saya..”- Syatilla Melvin Selamat Bersalin, Syeriv Dapat Hadiah...

“Tak Sangka Anak Sulung saya..”- Syatilla Melvin Selamat Bersalin, Syeriv Dapat Hadiah Adik Sempena Ulangtahun

143
0

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh suami kepada selebriti terkenal tanah air iaitu Shaheizy Sam yang berkongsikan khabar gembiranya kepada semua apabila isteri kesayangan beliau iaitu Syatilla Melvin selamat melahirkan anak perempuan pada tanggal 9 Mei 2022. Kelahiran yang mengejutkan apabila puteri bongsu beliau dikatakan berkongsi tarikh kelahiran dengan putera sulung mereka iaitu Syeriv. Kegemberiaan mereka terserlah pada tanggal tersebut kerana tidak menyangka akan menyambut dua detik terindah dalam hidup keluarga kecil tersebut.

Melalui klip tersebut, Sam yang membawa anak anak mereka berjumpa dengan adik bongsu mereka membuatkan mereka terpegun dengan bayi perempuan yang msaih merah itu. Mereka tersenyum malu dan tidak menyangka bahawa mereka dapat seorang adik perempuan yang begitu comel sekali. Namun begitu, ketika mereka sampai di hospital, Syeriv disambut dengan nyanyian lagu ulangtahun kerana pada tanggal tersebut itu juga merupakan hari kelahiran putera sulung Sam dan Syatilla. Syatilla melvin yang dikenali denga nsikap yang optimis dan seorang ibu yang penyayang terus emndakap erat anak lelaki beliau sebelum masuk ke wad bersalin. Kata Sam, inilah hadiah paling berharga untuk putera sulung beliau dengan memiliki seorang adik baru yang akan mewarnai seisi keluarga mereka nanti.

Rakaman penuh boleh ditonton di:


Pelbagai komen diberikan seperti :

Double happiness Alhamdulillah”

“Hebat tilaaa!!! Baru beranak boleh cangkung hihi”

“baju melayu saiz 2-3 tahun..patut nmpk baby,sarima lgi besa kot dr abg. anak kite pun sama la..adik beza 2thun tpi da sama je..””Happy besday syeriv…sama la ank aunty…umur 6 thn tp baju saiz 2 3 tahun…x pe la nak yg penting kamu semua sihat”

“Congrats dik! Bertambah rezeki aminnnnn”

“Happy birthday syeriv and baby s best tengok kena pelepok dekat bubu”

“Alhamdullilahhh!!! Congratulations Abang Sam & Tilla!! And welcome to the worldddd little baby!!”

“tahniah! comelnya baby…seiras dgn bilal..rambut pun sama”

Detik kebahagiaan mereka dikongsi umum dan membuatkan ramai peminat mengucapkan ucapan tahniah atas rasa syukur melihat kebahagiaan yang terpancar dari wajah keluarga kecil itu. Namun begitu, gelagat pasangan selebriti tersebut masih dapat menghiburkan peminat apabila mereka masih mampu menyakat putera sulung mereka dengan menyatakan badan Syeriv seperti merekas yang masih berumur 3-4 tahun walaupun sudah berusia 5 tahun. Keselorohan dari kata kata mereka membuatkan ramai terhibur apabila riak wajah Syeriv berubah menjadi malu dan hanya mampu tersenyu, Semoga keluarga mereka terus bahagia dan tahniah atas kelahirana bayi perempuan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam

Previous article“Saya Beli Tk Sampai 48 Jam..”-Pelanggan Bengang Kena ‘Scam’, Kedai Ternama Jual Barangan Terpakai
Next article“Pro Gile Akak Ni..”- Kongsi Punca Pemberita Awani Lewat Masuk Konti ‘First Day’ Raya Kejutkan Semua
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here