Home Hiburan “Dia Bg Nafkah Cukup Ke?”-Cuba Ngorat Bini Org, Sentap Kena Tanya Hukum...

“Dia Bg Nafkah Cukup Ke?”-Cuba Ngorat Bini Org, Sentap Kena Tanya Hukum Tajwid

497
0

Menerusi satu klip yang dikongsikan daripada peminat drama bersiri ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ lakonan mantap dari Emma Maembong sekali lagi menarik perhatian netizen dengan adegan yang mencuit hati dan menghiburkan dalam episod di dalam drama tersebut. Lakonan yang menceritakan tentang permasalahan rumah tangga pada dunia realiti yang ingin dijadikan satu pengajaran kepada semua untuk saling menjaga rumah tangga supaya dapat dijaga hubungan antara suami isteri terjaga dengan baik untuk masa akan datang. Dalam drama tersebut, watak Emma Maembong yang dikenali sebagai Hawa menjadikan watak ini hidup dan memberikan satu emosi kepada para penonton dan kini watak beliau berubah menjadi seorang yang menjaga aib sang suami kepada mereka yang cuba meruntuhkan rumahtangga beliau.

Dalam klip tersebut menceritakan satu babak yang berkisarkan seorang isteri yang dilakonkan oleh Emma Maembong yang mengambil watak sebagai Hawa bertemu dengan seorang lelaki yang merupakan rakan beliau yang cuba meruntuhkan hubungan Hawa dengan bertanyakan isu peribadi seperti isu nafkah zahir dan batin. Lelaki itu mempersoalkan nafkah suami Hawa sudah cukup atau tak dan masih mampu menanggung Hawa kerana beliau merasakan beliau mampu memberi lebih dari suami Hawa berikan kepada isterinya. Namun persoalan beliau membuatkan Hawa terkejut kerana rakanya itu berani mempersoalkan isu peribadi antara dia dan suami. Sifat Hawa yang seperti keras kepala itu terasa tercabar terus mempersoalkan kembali jika lelaki tersebut benar boleh memberi lebih dari kemampuan suaminya.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@chippy:ema ni baik sbnrny…tpi x tau…apa dia nak…addduuhh …dia nk cri suami yg memang pndai Agama…

@Tengku Muhammad Afiq:Mak dia , tnya huruf paling banyak dlm hukum tajwid terpinga laki tu

@ct_wawa:aku salah dgr ke die yg salah sebut..ihfak kakiki..yg aku dgr infak hakiki

@Fth08:laaaa hawa ni hati die baik actually tapi kenapala die garang sgt ngn adam tuuu tak phmmm aku

@Amused Cake:Hahahaha ni soalan baru utk adik2 single tny partner dorg

@arichaos_:Lps dpt jawab dye tanye pulak ifak hakiki ada bpe bahagian.. masak dye nk jawab.. slmt tu basic je klu dye tanye naql or ishmam.. pesan terus

@Fizan:tu nasib baik tanya tanya hukum mad Arif lisukun

@Bakalsuamiorang.com:mujur tnye ikhfak haqiqi buat tnye kelaskan hukum tajwid surah mampos member

@anakmaa:Hawa ni baik tp sebab taknak senasib macam kawan dia tu.. mertua ngn suami jahat

@𝙣𝙪𝙧𝙖𝙙𝙝𝙡𝙞𝙣𝙖𝙯𝙬𝙖𝙣𝙞:AHAHAHAHAHAHAHAHAHAA “IKHFAK HAKIKI ADA BERAPA HURUF”

Persoalan yang ditanyakan oleh Hawa membuatkan para penonton terhibur dan ingin menonton drama tersebut sehingga habis. Pertanyaan beliau kepada lelaki itu membuatkan wajah lelaki itu berubah dan membebel seperti tiada isi. Hawa menanyakan jika lelaki tersebut mampu bangun pagi untuk solat tahajud di pagi hari dan boleh menceritakan hukum tajwid kepada beliau.Tidak sangka sifat Hawa yang kelihatan kasar rupanyan sangat mementingkan agama dan menjaga aib suami dengan baik sekali..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

 

Previous article“Ibu Kau Tk Ajar Kau Ke..”-Adik Ipar Kurang Ajar, Suami Serba Salah Nak Sokong Siapa
Next article“Arif Aiman Perlu Cari Ustazah Daripada Cari Artis..” – Ayat Wartawan Ini Buat TMJ Tersenyum
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here