Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk melancarkan Mushaf Al-Quran untuk tujuan wakaf akhirnya terlaksana hasil kerjasama dengan Yayasan Restu.
Memetik laporan Oh Bulan!, wanita itu menjelaskan bahawa proses penghasilan dan cetakan Al-Quran Al-Karim edisi khas itu telah memakan masa selama dua tahun.
“Proses menghasilkan dan mencetak Al-Quran ini memakan masa kira-kira dua tahun kerana kami ingin mencari pencetak yang memenuhi semua kriteria diinginkan.
“Akhirnya, kami dipertemukan dengan Yayasan Restu yang memiliki pengalaman luas dalam bidang seni mushaf dan kesenian Islam lebih 30 tahun. Yayasan itu juga menguruskan Kompleks Nasyrul Quran iaitu Pusat Pencetakkan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia,” kata Neelofa selaku Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN).
Neelofa ditemui pihak media selepas usai majlis pelancaran Waqaf Al-Quran dan usrah Ajaibnya Berwaqaf di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.
View this post on Instagram
Sumber:CARI