Umum mengetahui bahawa pengacara yang dikenali ramai, Dayah Bakar sebelum ini menetap di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecil mereka.
Dayah pernah berjauhan dengan suaminya hampir setahun lebih, iaitu sejak awal kehamilan anak lelaki sulungnya itu sehingga selamat melahirkan seorang anak lelaki iaitu Achbar Muhammad Fahri.
Menginjak usia hampir dua tahun, Fahri sentiasa mencvri perhatian ramai apabila gelagat comelnya sentiasa dikongsi oleh Dayah menerusi laman Instagram rasmi miliknya.
Terbaru menerusi instastories, Dayah merakam gelagat Fahri yang penuh bergaya ketika hendak pergi ke sekolah.
“Kemain kan budak ni kan, nak pergi school penuh gaya. Mulut tu boleh tutup ya Pak Abu…Geramnyaa,” kata Dayah menerusi video.
Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah reaksi Fahri yang men4ngis apabila mendengar ibunya menyebut keyword ‘dah sampai school’.
Video:
Untuk makluman, Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: instagram dayahbakar