Home Hiburan ‘Isteri Belum Hamil, Baju Yang Besar’ – Remy Ishak Jawab Dakwaan Netizen...

‘Isteri Belum Hamil, Baju Yang Besar’ – Remy Ishak Jawab Dakwaan Netizen Nampak ‘Baby Bump’

251
0

Pelakon Remy Ishak menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan isterinya, Ezza Yusof, kini sedang hamil.

Belum ada rezeki

239515745 887856208487802 8337446214894642031 n 768x959 1

Menurut Remy, 40, dia dan Ezza belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata biarpun sudah lapan bulan mendirikan rumah tangga.

Kata pemilik nama Mohammad Zalimei, buat masa sekarang dia ingin menjayakan watak bapa yang membenci anaknya dahulu kerana bimbang terkenan dengan bayi sendiri.

Belum ada rezeki lagi. Saya sebenarnya ada kongsi rasa takut kepada Amyra Rosli. Saya takut hendak membawa watak Zafran dalam drama Jangan Menangis Cinta.

Semuanya kerana saya takut tiba-tiba isteri saya hamil pada masa saya menghidupkan watak Zafran yang emosi dan tidak sukakan anak cacat.

Saya jadi fobia. Kemudian, baru-baru ini, tular dakwaan orang ramai nampak ‘baby bump’ isteri saya. Saya paling gementar saat itu… Sudahlah saya sedang membawa watak Zafran.

Baju besar

Screenshot 2022 03 17T124521.925

Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda, ‘baby bump’ yang diperkatakan peminat itu hanya busana besar yang dipakai oleh Ezza.

Namun, Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-31 faham dengan keterujaan wargamaya yang menanti berita gembira daripada mereka.

Isteri cakap tiada apa-apa, hanya baju yang besar. Mungkin orang terlalu teruja dan tersalah pandang.

Mungkin juga orang berharap. Iyalah, saya sudah bernikah beberapa bulan.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila pengikut Instagram (IG) mula bertanya sama ada penampakan yang dilihat itu adalah ‘baby bump.’ Lebih menguatkan lagi apabila aktres Fasha Sandha meninggalkan komen seakan memberi petunjuk apabila meletakkan emoji botol susu.

Terdahulu, Remy dan Ezza telah selamat melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos 2021 setelah sembilan tahun mengenal hati budi masing-masing.

Sumber: OHBULAN

Previous article“Sejuk hati tengok Reen bertudung. Bertambah comel..” Peminat, Reen Rahim Minta doa Yang Baik-baik
Next articleAnak Shuib Men4ngis G4gal Raih Skor Pertandingan Golf, Netizen Kongsi Rasa S3bak – “Sepatutnya Ibu Yang P3luk Uwais..
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here