Home Hiburan “Sejuk hati tengok Reen bertudung. Bertambah comel..” Peminat, Reen Rahim Minta doa...

“Sejuk hati tengok Reen bertudung. Bertambah comel..” Peminat, Reen Rahim Minta doa Yang Baik-baik

213
0

Perkongsian pelakon cantik, Reen Rahim ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah SuciMekah bersama ibu bapanya menarik perhatian netlzen dalam Instagram apabila rata-rata suka melihat penampilannya yang sopan dan mengvtup avrat.

Malah, gara-gara tampil dengan imej Muslimah, ramai peminatnya berharap agar Reen terus kekal dengan imej tersebut (berhijab) sekembalinya ke tanah air nanti. Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Reen ketika berada di tanah suci Mekah sejak 4 Mac lalu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dihujani komen-komen positif daripada peminatnya yang menyifatkan dirinya kelihatan lebih cantik dan manis apabila berhijab.

Terdahulu, satu perkongsian pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dalam Instagram berlatarkan Bukit Uhud di Madinah, memancing perhatian peminatnya.

sejuk hati tengok reen bertudung bertambah comel peminat reen rahim minta doa yang baik baik 6232a9342d34c

“Alhamdulillah hari terakhahir di Madinah. Tolong doakan kami semua jemaah di sini diberikan kesihatan dan kekuatan. Amin,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Perkongsian itu sekali gus mendapat pujian peminat apabila memuji penampilannya dan berharap supaya Reen kekal istiqamah berhijab.

“Cantik kakak (Reen) pakai sebegini. Cantik sangat. Sudahlah muka cantik, pakai pula sopan. Sangat sempurna,” komen seorang pengikutnya. “Ya Allah, kau kekalkanlah penampilan reen Rahim menutup aurat dengan sempurna apabila pulang ke tanah air nanti,” doa seorang lagi peminatnya.

“Sejuk hati tengok Reen bertudung. Bertambah comel,” kata seorang netlzen. Sementara itu, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, yang masih berada di Mekah ketika dihubungi Kosmo! Online menerusi WhatsApp enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut namun berharap supaya peminat mendoakan yang baik-baik untuknya.

sejuk hati tengok reen bertudung bertambah comel peminat reen rahim minta doa yang baik baik 6232a934d0549

“Maaf, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya mohon doakan yang baik-baik sahaja,” katanya yang akan pulang ke Malaysia pada 16 Mac nanti (esok).

Dalam pada itu, Reen turut menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT bersama kedua-dua orang tuanya dan melihat sendiri keindahan Kota Mekah.

“Saya sangat bersyukur. Allah SWT jemput saya dan kedua-dua orang tua untuk lihat sendiri betapa indahnya suasana di Mekah. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, mengimbau semula perjalanannya mengerjakan umrah, Reen berkata, pada mulanya dia hanya mahu menghantar ibu bapanya sahaja.

sejuk hati tengok reen bertudung bertambah comel peminat reen rahim minta doa yang baik baik 6232a93570df4

“Jujur kalau ikutkan saya cuma mahu menghantar mereka ke lapangan terbang sahaja, tetapi entah macam mana hati ini terdetlk dan Allah gerakkan saya untuk sama-sama pergi menemani keluarga,” katanya

Sumber : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Slamber Media

Previous articleHampir 27 Tahun Dalam Bidang Lakonan, Ini Isteri Cantik Arash Mohamad Yang Ramai Tak Tahu
Next article‘Isteri Belum Hamil, Baju Yang Besar’ – Remy Ishak Jawab Dakwaan Netizen Nampak ‘Baby Bump’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here