Home Hiburan “Herlok Semua Anak Sis” – Azah Aziz Sambut Hari Lahir Anak Lelakinya,...

“Herlok Semua Anak Sis” – Azah Aziz Sambut Hari Lahir Anak Lelakinya, Ramai Peminat ‘Cair’

378
0

Pelakon popular era 90an, Norazah Aziz atau lebih mesra di kenali sebagai Azah Aziz memuatnaik foto serta video di Instagram nya itu memaparkan kemeriahan keluarga kecil pelakon tersebut yang meraikan ulang tahun kelahiran anak lelaki bongsunya semalam.

Anak Bongsu Kini 16 Tahun

Dalam muatnaik yang dikongsikan, pelakon veteran yang juga merupakan finalis Dewi Remaja tahun 1987 dan 1988 ini turut menitipkan ucapan istimewa untuk anak kesayangannya itu menerusi penulisannya di Instagram.

collage2 31
Foto – Instagram @azahmontreal

“Selamat hari lahir ke-16 kepada Justin. Betapa masa berlalu, tiada lagi anak kecil tapi kamu sentiasa anak kecil di hati ibu. Sayang kamu” tulisnya

Netizen Tak Keruan Lihat Wajah Tampan Anak

Melihat foto serta video yang dikongsikan oleh Azah di media sosialnya, ramai pengguna media sosial menitipkan ucapan hari lahir buat anak bongsu aktres tersebut dan ada juga yang memuji wajah ketampanan anak-anaknya.

collage1 28
Foto – Instagram @azahmontreal

“Herlok semua anak akak ni. Selamat hari lahir Justin!”

“Selamat hari lahir Justin. Yang paling kacak antara abangnya”

“Ini betul-betul muka kak Azah. Selamat hari lahir Justin”

“Sanah helwah Justin” komen mereka

Sekadar info, Azah Aziz yang kini menetap di Motreal, Kanada ini mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta Daud Leroy Abdullah pada 7 Januari 1995 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki yang kacak, Aaron, 26, Brian, 19, dan Justin 16 tahun.

Previous articleTangguh Tayangan Episod Bersama Kak Long 7E, TV Al-Hijrah Ambil Maklum Teguran Netizen
Next article“Lagi Lasak Lagi Tinggi Hantaran Kahwin Kan…” – Ahirine Pernah Ret4k Tul4ng D4da, J4tuh Main Motor
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here