Home Hiburan Tangguh Tayangan Episod Bersama Kak Long 7E, TV Al-Hijrah Ambil Maklum Teguran...

Tangguh Tayangan Episod Bersama Kak Long 7E, TV Al-Hijrah Ambil Maklum Teguran Netizen

116
0

Selepas tular isu rakaman program Trending yang menampilkan ‘Kak Long 7E‘ atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sebagai tetamu, pihak TV Al-Hijrah membuat keputusan untuk menangguhkan sementara tayangan episod tersebut.

Al-Hijrah Ambil Maklum Teguran Orang Ramai 

Menerusi sebuah kenyataan, stesen televisysen itu menghargai dan mengambil maklum akan teguran daripada orang ramai serta berterima kasih atas pandangan yang diberikan.

“TV AlHijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod
tersebut.

“TV AlHijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih member manfaat kepada
rakyat Malaysia.” jelas kenyataan tersebut

Di kesempatan itu, Al-Hijrah menjelaskan bahawa program tersebut turut disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang ditugaskan menitipkan nasihat dan dorongan buat Baiziura untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mod Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long 7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.” katanya

FN3bKdcVIAAkyXM

Terdahulu, Murai.my melaporkan Al-Hijrah menerima pelbagai kec4man daripada orang ramai selepas tular foto Baizura bersama Pencetus Ummah (PU) Amin dan Isfadiah dipercayai menjayakan program tersebut. Bagaimanapun, foto yang dimuatnaik oleh PU Amin itu telah dipadam dari akaunnya.

Sumber: Murai MY

Previous article“Tak Boleh Nak Tutup, Dah Pecah Lubang” – Stacy Mengaku Hamil 4 Bulan
Next article“Herlok Semua Anak Sis” – Azah Aziz Sambut Hari Lahir Anak Lelakinya, Ramai Peminat ‘Cair’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here