Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil berkongsi pendapat kepada umum selepas diminta untuk berkahwin dengan pelakon jelita Mimi Lana sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram miliknya.
Mahu Iqbal Berkahwin Dengan Mimi
Dalam persoalan itu, ada yang meminta Iqbal untuk berkahwin dengan pelakon itu dan beranggapan Mimi pasti akan menyukainya.
“Mimi Lana tu cantik. Awak kahwin dengan dia ok. Dia mesti suka awak”-Kata pengikutnya di Instagram
Suka Dapat Kenal Dengan Mimi
Iqbal kemudian memberitahu bahawa dia sangat suka dapat mengenali Mimi disebabkan latar belakangnya yang bersahaja dan merendah hati.
“Secara peribadi, saya memang suka dapat kenal @missmimilana. Walaupun pembawaan, wajah dia ala international, latar belakang dia orang bersahaja.
Rendah hati. Dia pandai masak. Paling saya suka Mimi dididik cara kampung.”-Kongsi Iqbal
Anggap Mimi Tidak Akan Pilih Individu Seperti Dirinya
Walaubagaimanapun mengenai soal cinta, Iqbal beranggapan bahawa Mimi tidak akan memilih individu seperti dirinya yang mempunyai pelbagai kekurangan.
“Tetapi untuk bercinta, saya tidak rasa Mimi akan pilih orang yang rendah, ge.muk, dan anno.ying macam saya. Bukankah Mimi dah berpunya? Saya tak mahu tanya dia tentang ni”- katanya
Terdahulu, nama Iqbal pernah menjadi perhatian selepas mengumumkan mahu mendirikan rumah tangga dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV). Niat Iqbal untuk berkahwin dengan Vida bukan sahaja ditentang oleh netizen malah turut ditentang oleh anak Vida sendiri iaitu Cik B yang mempersoalkan jarak usia antara ibunya dengan Iqbal yang disifatkan terlalu jauh.
Sumber: Muraimy