Usahawan dan adik kepada Syatilla Melvin, Syifa Melvin mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga kekasihnya, pemain bola Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid.
Lawatan ibadah tersebut turut disertai kakaknya, Syafiqa Melvin.
Menerusi laman sosial Instagram, Syifa atau nama sebenarnya Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 28, memuat naik sekeping foto ketika berada di dalam penerbangan untuk tatapan umum.
Malah, anak kelahiran Parit Buntar, Perak itu turut berkongsi foto-foto pemergian mereka bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sehingga tiba di Lapangan Terbang Madinah.
View this post on Instagram
“Doakan perjalanan kami diberkati dan dipermudahkan. Doakan keselamatan kami, halalkan semua,” tulis Syifa di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, pemergian Syifa ke tanah suci mendapat perhatian ramai apabila rata-rata rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa agar perjalanannya dipermudahkan.
Malah, Safawi turut meninggalkan komen yang meminta agar Syifa sentiasa menjaga diri sepanjang menunaikan ibadah serta meletakkan emoji hati berwarna merah.
“Amin, semoga dipermudahkan. Take care ok!” tulis Safawi.
“Minta kirim doakan kami sekeluarga please,” kata Nabila Razali.
“Amin, semoga hampa semua dipermudahkan. Minta kirimkan doa buat kami sekeluarga,” kata Raja Syahiran.
“Untung dia pergi dengan mertua ya. Semoga menjadi amalan yang terbaik untuk Syifa,” ujar seorang wargamaya.
“Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 17,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 25 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.
Sumber: Gempak