“Ayah lama meng.hilang, kami tak berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik.”
Demikian pengakuan pelakon, Puteri Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi menjawab kemusy.kilan ramai tentang keberadaan bapa kandungnya, Azizi Aziz.
Kata Balqis, 15, sudah tiada ‘chemis.try’ antara mereka dan hanya ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, satu-satunya insan tempat dia bergantung harap ketika ini.
“Waktu ada dia (ayah), saya berdepan tekanan kuat.
“Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.
Balqis ditemui usai sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya, Rumah yang turut dibintangi Erra Fazira dan Mak Jah di ibu negara.
Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Televisyen Asia 2014 itu juga mengakui sangat ter.luka dengan kelakuan bapanya namun tidak memperin.cikan apa yang telah dilakukannya.
“Apa yang dia buat, sa.kit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘che.mistry’ sudah tiada.
“Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya complete (memadai), tak rasa missing (kehilan.gan).
“Sekarang ini, saya cuma ada tiga orang sahaja. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus (Fariz),” jelasnya.
Ditanya tentang kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah, balas Balqis: “Saya okey sebab hidup saya dari dulu memang begini. Presence (kehadiran) ayah ada tapi dia punya effort (usaha) itu tiada.
“Jadi, sekarang ini saya ambil kasih sayang ayah itu daripada ibu. Begitu, dah cukup. Cukup sangat.”
Biarpun hidup dalam keadaan kekuran.gan tanpa dikelilingi keme.wahan, Balqis menga.kui bahagia.
“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Nampak macam tul.ar tapi lepak di kedai mamak minum teh ‘o’ ais,” katanya.
Difahamkan, ibu dan bapa Balqis ber.ce.rai ketika dirinya masih kecil namun tidak dapat dipastikan perin.cian sebenar status per.ce.raian mereka kerana tidak pernah diceritakan kepada umum.
Sumber: KOSMO! ONLINE