Home Hiburan “ Amboi baru dua hari kawin..” – Panggil Mummy Daddy, Peminat Usik...

“ Amboi baru dua hari kawin..” – Panggil Mummy Daddy, Peminat Usik Usop & Teha

239
0

Baru dua hari mendirikan rumah tangga, panggilan pasangan pengantin baru Usop kepada isterinya, Nur Fatihah Md Hashim, menarik perhatian wargamaya.

Menerusi laman sosial Instagram, Usop berkongsi sebuah video bersama Fatihah atau lebih mesra disapa sebagai Teha dan pasangan itu membahasakan diri mereka ‘mommy’ dan ‘daddy’.

usopofficial 273399143 4828930617191342 6737064445813309251 n

Dalam perkongsian itu juga, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, meluahkan ucapan terima kasih buat Teha yang menerima dirinya dengan seadanya dan mengharapkan perkahwinan mereka berkekalan.

“Terima kasih mmy kerana terima daddy seadanya. Insyallah daddy akan menjaga mmy sampai ke akhir hayat daddy dan daddy harap perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah, amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

Pada Jumaat, Usop selamat bergelar suami pada Fatihah selepas dua tahun berkenalan.

Majlis akad nikah itu diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Dalam majlis pernikahan ini Usop memberikan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak pengantin perempuan, manakala mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.

Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari 2022 di Kulim Kedah.

Sementara itu di ruangan komen, panggilan manja ‘mummy’ dan ‘daddy’ itu mengundang pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan wargamaya yang rata-ratanya mengusik pengantin baru tersebut.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 21,000 tanda suka daripada wargamaya.

Komen netizen:

7 4

8 2

9 2

Sumber: Gempak

Previous article“Sbelum kjadian, arwh brapa kali brtanya..” (Video) Hanya 2 Hari Erin Sempat Brgelar Isteri, Luahan Isteri Seolah2….
Next article[VIDEO] Kemunculan lqbal Di BigStage Mengejutkan, Ini Komen Padu Ajai Dan Tok Ti
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here