Home Hiburan “Sbelum kjadian, arwh brapa kali brtanya..” (Video) Hanya 2 Hari Erin Sempat...

“Sbelum kjadian, arwh brapa kali brtanya..” (Video) Hanya 2 Hari Erin Sempat Brgelar Isteri, Luahan Isteri Seolah2….

250
0

Hanya dua hari Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, sempat bergelar isteri, mungkin menjadikannya seolah-olah belum dapat menerima hakikat suami tercinta sudah me.ning.gal dunia dalam nahas di Kampung Surau Panjang, di sini, kelmarin.

Ibu mentuanya, Zaiton Yusof, 57, yang mengakui keadaan berkenaan, memaklumkan menantunya itu masih menunggu suami, Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, pulang membawa makanan yang dipesa.n, teh ais bersama apam balik walaupun sudah dimaklumkan mengenai nahas yang menimpa.

“Erin ada memesan teh ais dan apam balik sebelum anak saya keluar menghantar ikan air tawar diternak ayahnya, Mustafa Ahmad, 50, ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, kira jam 12 tengah hari semalam. Dia pun tahu suaminya meninggal, tetapi masih menunggu Muhammad Mustaqim pulang membawa makanan yang dipesan,” katanya.
Zaiton Yusof, 57, (kanan) bersama anaknya, Norliza Mustafa, 32, melihat sebahagian daripada hantaran daripada keluarga Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20. - NSTP/BAHAROM BAKAR.

Zaiton Yusof, 57, (kanan) bersama anaknya, Norliza Mustafa, 32, melihat sebahagian daripada hantaran daripada keluarga Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20. – NSTP/BAHAROM BAKAR.
Ditemui di kediamannya di Kampung Beladau Kepong, di sini hari ini, Zaiton berkata, Muhammad Mustaqim yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik dan Sharifah Erin Nurshafieka melangsungkan akad nikah di masjid kampung berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari Khamis lalu.

Muhammad Mustaqim me.ning.gal dunia apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, kira-kira jam 1.10 petang semalam.

VIDEO DI SEKITAR RUMAH ARWAH:

Terdahulu, Ketua Jabatan Sia.satan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man, berkata mang.sa menunggang skuter Yamaha Ego bertem.bung dengan sebuah lori lalu tercam.pak ke bahu kanan jalan dan meni.nggal dunia di lokasi ak.ibat ce.dera pa.rah pada kepa.la serta muka, manakala pemandu lori berusia 31 tahun tidak ce.dera.

Jena.zah Muhammad Mustaqim dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan ke.s disia.sat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengang.kutan Jalan 1987.

Mengulas lanjut, Zaiton berkata, menantunya sempat menatap wajah suaminya itu buat kali terakhir sebelum urusan penge.bumian disempurnakan petang semalam, malah turut bersama ahli keluarga lain menyiapkan juadah untuk majlis tahlil yang diadakan di masjid malam tadi.

VIDEO SEMASA KEMALANGAN:

“Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin dalam keadaaan gelisah dan masih menunggu suaminya pulang, dia tunggu sehingga lewat malam,” katanya sambil menambah menantunya itu sudah pulang ke rumah keluarga sendiri, tetapi berulang kali berpesan supaya menghubunginya apabila Muhammad Mustaqim kembali ke rumah.

“Sebelum pulang ke rumah keluarganya pagi tadi, Erin juga beberapa kali berpesan supaya Muhammad Mustaqim datang mengambilnya nanti,” katanya.

Kata Zaiton lagi, malam sebelum hari keja.dian, ar.wah beberapa kali bertanya kepadanya dan suami sama ada mahu meme.san apa-apa makanan dan kemudian bersalam serta men.cium tangannya sebelum keluar ke kedai makan.

8y2e

Allahyarham Muhammad Mustaqim dan Sharifah Erin NurShafieka Saiyed Azman pada majlis akah nikah mereka, Khamis lalu. – FOTO IHSAN KELUARGA

Menurutnya, ar.wah anaknya tidak sempat menyiapkan rumah sendiri walaupun bahan binaan sudah dibeli dan sebelum ini ber.cadang berpindah ke kedia.man baharu itu selepas selesai majlis sambut menantu yang dijadual awal bulan depan.

Sumber: BH, kosmo , youtube

Previous article“Alhamdulillah,”- Lengkap Berbaju Melayu Putih, Penampilan MK Bikin Ramai Patah Hati- ‘Betul2 Dh Kahwin Ke?’
Next article“ Amboi baru dua hari kawin..” – Panggil Mummy Daddy, Peminat Usik Usop & Teha
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here