Home Hiburan Gelagat ‘Sweet’ Heliza Helmi Usap Janggut Suami, Tasbih Digital Di Jari Telunjuk...

Gelagat ‘Sweet’ Heliza Helmi Usap Janggut Suami, Tasbih Digital Di Jari Telunjuk Curi Perhatian Netizen

312
0

alau sebelum ini selebriti Neelofa mengusap janggut PU Riz ketika majlis pernikahan mereka, kali ini gelagat romantik penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pula mencuri perhatian ramai orang.

Sweet belai janggut

Menerusi sebuah video di TikTok @hellokiutttt, Heliza dan Mahadi tampil sedondon memakai busana berwarna biru ketika majlis resepsi yang diadakan di Bizmilla Wedding Centre, Subang, pada Sabtu (22 Januari).

Apa yang menarik perhatian apabila Heliza dilihat mengusap janggut suaminya beberapa kali. Heliza yang dipeluk erat oleh suami sempat bergurau senda sambil melayan tetamu yang hadir.

Mahadi kelihatan ‘sporting’ dan tidak lekang senyuman di bibirnya melayan telatah isteri tercinta.

Selain itu, tasbih digital yang dipakai di jari telunjuk pelajar Akademi Fantasia musim kelima juga menjadi fokus wargamaya.

Semoga sampai ke syurga

IMG 3169

IMG 3170

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi Heliza dan Mahadi.

Malah, ada pengikut yang menjadikan perbuatan ini amalan dalam rumah tangganya. Mengikut sunnah Rasulullah SAW, isteri diharuskan merebut peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lembut janggut dia dari dagu sampai ke hujung.

Heliza atau nama sebenar­nya, Nur Heliza Helmi berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.

Sumber: TikTok @hellokiutttt via OHBULAN!

Foto: Instagram @aqoimran

Previous articleNorreen Iman Beli Kereta Mewah, Netizen Seb4k – “Dari Zaman Takda Apa Sampailah Berjaya Macam Sekarang”
Next articleKekalkan Fizikal Sihat, Syafiq Kyle Pilih Main Bola Bagi Jaga Stamina
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here