Nama Yazmin Aziz belum cukup dikenali di persada seni tanah air. Bagaimanapun, gadis kacukan Melayu-Filipina berusia 20 tahun ini mempunyai lebih 500 ribu pengikut di TikTok. Dia mulai mencuri perhatian pengguna aplikasi itu apabila sering berkongsi sketsa lakonannya dalam bahasa Tagalog.
Walaupun dilahirkan di Malaysia, Yazmin tidak fasih berbahasa Melayu kerana bahasa pertuturan di rumah adalah Tagalog. Ibunya berbangsa Melayu manakala bapa kandung dan bapa tirinya berasal dari Filipina menyebabkan mereka sekeluarga lebih selesa berkomunikasi menggunakan bahasa Tagalog.
VIDEO:
“Di sekolah rendah, saya pernah dibuli. Mereka tidak suka kerana ketika itu saya baru berpindah dari Filipina dan belum fasih berbahasa Melayu. Awalnya, saya bimbang umum tidak dapat menerima kehadiran seseorang yang berdarag Melayu-Filipina.
“Tetapi, selepas saya berkongsi video berkaitan bahasa Tagalog dan terjemahan dalam bahasa Melayu, barulah saya tahu ramai yang menyukai dan dapat menerima saya seadanya,” katanya.
VIDEO:
Yazmin dalam temu bual bersama mStar turut mendedahkan dia menjadikan Mark Adam sebagai inspirasinya untuk terus mengorak langkah dalam bidang seni. Gadis itu kagum dengan semangat Mark yang tidak berputus-asa untuk terus mencuba walau ada batasan bahasa.
View this post on Instagram
Terpilih menjadi salah seorang peserta Big Stage, Yazmin menganggap peluang itu adalah rezeki untuk membuktikan bakat serta kebolehannya. – CARI
Sumber: Tiktok