Sejak semalam lagi viral video seorang kanak-kanak yang masih bersekolah rendah tatkala merakam kejadian penemuan seekor ul4r sawa besar seberat 30 kilogram berhampiran sebuah pasar basah. Keletahnya sewaktu menggambarkan ‘peristiwa bersejarah’ itu dilihat persis seorang wartawan dengan tutur kata yang cukup jelas serta ekspresi menarik.
Tarik nafas dulu dik, kalah mak cik bawang
Selepas itu, ramai sekali yang memuji gaya percakapan dan penyampaian cerita adik Muhammad Hafiq Mohd Asyraf tersebut. Malah rata-rata mencadangkan agar kanak-kanak tersebut meneruskan kerjaya sebagai seorang wartawan suatu hari nanti dengan bakat yang sudah tidak perlu diasah itu.
Ulaq tu mai dia tersesat dan duduk dalam longkang ni…Masa tu kami tuang ayaq tengok kenapa longkang tersumbat [Minit 5:00]
Terbaru hari ini, wartawan Astro Awani di Kedah berkesempatan menemui si cilik viral di Pasar Pagi Bukit Selambau, Sungai Petani. Dalam interview secara santai itu, adik Hafiq menceritakan kembali kisah penemuan ular sawa batik berkenaan yang katanya tersesat ke dalam longkang sehingga menyebabkan ia tersumbat. Haiwan reptilia tersebut akhirnya berjaya ditangkap dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Okay Datin Syakila, sila bercakap berapa lama dah meniaga sayur macam ni?
Namun apa yang menariknya, wartawan berkenaan sempat memberi peluang kepada Hafiq untuk merasai pengalaman mewawancara peniaga di sekitar pasar tersebut secara langsung. Sudah cukup dikenali kerana si ibu turut berniaga di sana, keletah pelajar sekolah rendah tersebut mencuit hati ramai. Malah dia dengan selamba sahaja memanggil peniaga wanita itu dengan gelaran ‘datin’.
Power, lega kat Kedah ada sorg lagi reporter. pic.twitter.com/ZeBzycHbYl
— HADI (@hadi48dul) January 25, 2022
Sumber:YouTube Astro Awani, Twitter Hadi, & Facebook Putra Mar,https://www.dnq.pw/