Nama Shiha Zikir sudah tidak asing lagi dalam industri seni hiburan. Pelantun lagu berjudul Irama ini tidak kurang hebat bakat nyanyiannya dan sudah semestinya mempunyai aura tersendiri dan barisan peminat yang ramai.
Namun baru-baru ini, Shiha mengejutkan peminat dan rakan artis dengan memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan Shiha mengenakan hijab di sebuah event iaitu milknya sendiri, Xmetic.
“ Ya Allah Cantiknya, Macam Bidadari ”
Perkongsian tersebut memaparkan Shiha yang sedang duduk di kerusi dan tampil dengan hijab yang menyerlahkan lagi kemanisan wajahnya ketika berhijab.
Untuk pengetahuan umum, penampilannya itu bersempena majlis pelancaran produk kosmetiknya yang berlangsung di Kelantan.
Perkongsian tersebut telah berjaya menarik perhatian rakan artis dan peminat sekaligus merasa teruja dengan imej yang dikenakan oleh penyanyi tersebut.
VIDEO SLITE KANAN:
View this post on Instagram
Menurut Shiha, dia bersyukur apabila setiap kali membaca komen positif sebegitu kerana ia merupakan doa daripada peminat-peminatnya.
“Alhamdulillah setiap kali Shiha baca komen macam tu Shiha aminkan..
“Sebab apa yang kita atau orang lain cakap adalah satu doa kan, so kalau benda baik, Shiha amin kan,” katanya.
Jelasnya, dia juga mahu buat yang terbaik dan doa daripada orang ramai amat penting buatnya.
“Of course Shiha nak buat yang terbaik and nak jadi lebih baik.
“Sama doakan yang terbaik for each other,” katanya.
Rata-rata netizen dan rakan artis juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen positif dan mendoakan agar Shiha Zikir terbuka hati untuk mengenakan hijab dengan sempurna.
Komen netizen:
Sumber: IG ShihaZikir