Home Hiburan “Saya & Kamal Kuat Berg4duh..” Fathia Latiff B0ngkar Rahsia Cara Cipta Chemistry...

“Saya & Kamal Kuat Berg4duh..” Fathia Latiff B0ngkar Rahsia Cara Cipta Chemistry Bersama Kamal Adli

210
0

Pelakon jelita Fathia Latiff meluahkan dia dan aktor Kamal Adli sering bergaduh ketika menjalani penggambaran filem terbaru gandingan mereka berdua, Gracias Barcelona.

Menurut Fathia, perg4duhan itulah yang menjadi pencetus bagi mereka membentuk chemistry bagi menjayakan filem romantik terbitan Azura Pictures ini.

“Saya dah Kamal kuat berg4duh. Saya annoyed dengan dia, dia pun sama annoyed dengan saya. Benda ni bukan berlaku di dalam filem sahaja tetapi juga di luar set.

“Tapi itu yang kuatkan lagi chemistry kami. Bila on set, action je, kami berlakon betul-betul tapi kalau kat luar, memang annoyed. Benda tu macam datang secara semula jadi, tak tahulah,” jelas Fathia ketika ditemubual oleh Gempak TV.

untitled design 2022 01 14t000604 864

Berbeza dengan kebiasaan filem romantik, Gracias Barcelona mengetengahkan kisah percintaan yang tr4gis apabila cinta dan kesetiaan dikhi4nati.

Malah, ia turut menyelitkan nilai kesetiaan dan cabaran yang dihadapi bagi pasangan baru dalam menempa alam perkahwinan.

“Kalau anda sudah menonton filem ini, saya ada satu je pesanan. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik kita duduk di negara sendiri,” ujarnya lagi.

Selain Fathia dan Kamal, filem ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Afiq Muiz (sebagai orang ketiga), Bell Ngasri (rakan baik Kamal) dan Aleza Shadan (ibu Fathia).

Gracias Barcelona mengisahkan Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke Malaysia.

Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan. Siapa yang melvkakan dan terlvka

Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Sumber : Fathia Latiff

Previous article“Ya Allah Cantiknya, Macam..” (Video) Penampilan Trbaru Shiha Zikir Jdi Bualan. Skali Ini Yg Netizen Prasan
Next article“Hati manusia tak boleh dipaksa2” Vida dedah Shuib ada ciri lelaki idamannya?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here