Home Hiburan “Lain terus muka”- Lihat Transformasi Wajah Nenek Ini Lepas Disolek MUA, Auto...

“Lain terus muka”- Lihat Transformasi Wajah Nenek Ini Lepas Disolek MUA, Auto Muda

410
0

Pemakaian mekap tidak asing lagi dalam kalangan wanita sejak dari zaman dulu-dulu lagi agar tampil lebih cantik. Sekarang ni, orang lelaki pun dah mula pakai alat solek cuma dorang pakai mekap simple je la macam lip balm untuk elak bibir kering.

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda transformasi seorang wanita warga emas yang telah berubah dan kelihatan lebih muda dari usia sebenar setelah wajahnya ditata rias oleh seorang MUA atau jurusolek di Indonesia.

Menurut Wolipop Detik.com, video perubahan nenek itu telah dikongsikan sendiri oleh MUA itu yang dikenali sebagai Rangga Juans di TikTok baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama 20 saat itu, dapat dilihat bahawa nenek itu telah disolek menggunakan produk kecantikan seperti foundation, bulu mata palsu dan gincu.

Cuma, apa yang menarik perhatian, jurusolek berkenaan telah melekatkan sellotape pada wajah nenek tersebut namun untuk tujuan apa, ia tidak dapat dipastikan. Mungkin jugak untuk menyembunyikan kedutan pada muka kot.

Mekap Tua Muda 2Difahamkan, Rangga sengaja menyolek wajah wanita tersebut hanya untuk suka-suka sebab video itu dirakam pada 2020 di mana pada ketika itu, dia tidak mendapat tempahan untuk menyolek pengantin disebabkan pandemik COVID-19.

Sehingga kini (ketika artikel ini ditulis), video solekan di TikTok itu telah meraih lebih sejuta tontonan oleh netizen. Memang berbeza 180 darjah wajah sebelum dan selepas nenek ni kan.

Mekap Tua Muda 3

Siapa kata kalau usia meningkat tak boleh cantik-cantik dah? Mungkin ini lah yang dimaksudkan dengan age is just a number. 

Sumber: Wolipop Detik.comTikTok @ranggajuans  via LM

Previous articleLatihan Aksi Berlawan Hairul Azreen, Tapi Cara Buka Pintu Pula Raih Perhatian
Next articleMisi berjaya, mak ayah akhirnya naik pelamin! Majlis kecil bertukar kenduri kahwin, pengantin tergamam ratusan mata memandang saat masuk dewan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here