Home Hiburan “Saya tak pernah keluarkan..” (Video) Tular isi Dukung Wanita. Sekali Zul Ariffin...

“Saya tak pernah keluarkan..” (Video) Tular isi Dukung Wanita. Sekali Zul Ariffin Tampil Bersuara!

169
0

Beberapa hari lalu, Zul sekali lagi menjadi bualan netizen selepas aksinya mendukung seorang wanita dalam sebuah video promosi produk bengkung tular dalam media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, adegan memaparkannya mendukung wanita dalam mana-mana iklan mahupun drama tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menjadi bahan bualan dalam kalangan netizen.

“Saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan tidak akan melakonkan babak mendukung mana-mana wanita.”

Itu antara respons aktor terkenal, Zul Ariffin selepas namanya beberapa kali ter.palit dengan is.u mendukung pelakon wanita sejak akhir-akhir ini.

“Idea untuk melakonkan aksi pegang tangan, dukung tersebut berlaku secara spontan. Sebenarnya kami ri.sau juga mengenainya tetapi selepas ditonton semula, nampak okey dan kami gunakan saja.

“Aksi dukung dalam video promosi tersebut sama juga seperti apa yang saya lakukan dalam mana-mana drama. Apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan iaitu mempromosikan kelebihan produk tersebut kepada umum,” katanya.

Zul berkata demikian kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar pelantikannya sebagai duta bengkung keluaran jenama Superwoman di Concorde Hotel, Shah Alam semalam.

Mengulas mengenai keca.man yang diterima, pelakon filem Sangkar itu memberitahu semua kritikan yang diterima dianggap sebagai pu.bli.siti yang normal terutama dalam industri hiburan tanah air.

Malah, dia juga tidak pernah merancang untuk melakonkan babak dukung tersebut namun selepas memandang dari aspek kreatif, aksi tersebut dilihat sesuai dengan produk yang hendak dipromosi.

“Kami tak rancang pun sebenarnya a.ksi-ak.si tersebut. Namun bagi saya, jika perkara tersebut dilihat dari sudut po.si.tif, maka baiklah mesejnya dan sekiranya nega.tif, jadi buruk.lah isinya.

“Mengenai kri.tikan pula, perkara tersebut seperti sarapan pagi, saya telan saja semuanya. Setakat ini, aksi tersebut saya pandang hanyalah dari sebuah video pendek dan tidak lebih daripada itu.

“Babak tersebut juga tak sepatutnya menjadi isu sebab itu sebahagian daripada kerja saya. Saya dilantik sebagai duta produk tersebut kemudian saya jalankan tugas saya seperti yang sepatutnya,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai pelantikannya sebagai duta produk bengkung, dia berpendapat perkara tersebut sebagai satu cabaran buatnya yang juga seorang lelaki.

“Ini merupakan satu cabaran baru buat saya memandangkan ini kali pertama dilantik sebagai duta untuk sebuah produk wanita.

“Tetapi, penggunaan bengkung sebenarnya bukan saja untuk kecantikan kaum wanita malah saya sendiri gunakannya untuk bersukan dan memakai ketika bersenam di gimnasium.

zul1

“Selepas menggunakannya, terbukti beng.kung mampu membakar lemak dengan lebih cepat dan membentuk perut menjadi tegap. Jadi saya percaya produk ini mampu menjadi inspirasi buat kaum wanita terutama yang mahu mendapatkan bentuk badan ideal,” katanya lagi.

Sementara itu, salah seorang pengasas bengkung Superwoman yang juga menjadi pasangan Zul dalam video tersebut, Farah Nabilah Abd Aziz memohon maaf sekiranya lakonan mesra mereka mencetuskan rasa kurang senang khususnya dalam kalangan peminat pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu.

“Saya hanya lakukan yang terbaik dalam video tersebut sama seperti yang diminta sebab itu memang tanggungjawab dan kerja saya untuk promosikan produk sendiri.

“Saya tak terfikir pun tentang video tersebut akan viral kerana semuanya berlaku sangat pantas dan tidak kisah pun apa orang cakap.

“Mungkin perkara ini agak sen.sitif kerana tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini. Apapun saya minta maaf terutama kepada peminat Zul dan sememangnya tiada niat bu.ruk langsung mengenai perkara tersebut,” tuturnya.

Terdahulu, Zul beberapa kali mencuri perhatian ramai apabila tersebar beberapa video memaparkan aksi mesra dengan Ruhainies dan juga aksi mendukung pelakon wanita dalam sebuah video promosi bengkung seperti yang tular baru-baru ini.

Sumber: Ig Zul Ariffin

Previous article“Cantiknya Wife , Baru Tahu Yassin Dah Kahwin,”- Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Keluarga Yassin Senario
Next articleKec0h Dijodohkan Dgn Shuib, Akhirnya Nana Tampil Buka Mulut, Jawab Persoalan Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here