Home Hiburan “Cantiknya Wife , Baru Tahu Yassin Dah Kahwin,”- Netizen Teruja ‘First Time’...

“Cantiknya Wife , Baru Tahu Yassin Dah Kahwin,”- Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Keluarga Yassin Senario

181
0

Sejak menyertai rancangan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Yassin Senario atau nama sebenarnya Yassin Yahya, 43, kembali menjadi bualan ramai.

Hampir tiga dekad dalam dunia seni, Yassin sememangnya pelawak yang masih relevan dalam dunia hiburan hingga ke hari ini bersama anggota Senario yang lain.

Namun satu perkara yang ramai tidak tahu mengenai dirinya, Yassin sememangnya jarang sekali mendedahkan tentang keluarganya di media sosial hingga ramai yang menyangka dia belum berkahwin dan ‘bujang terlajak’.

Namun baru-baru ini rakaman video di TikTok yang dikongsi di akaun Puteri Warda menjadi tular menunjukkan wanita itu bersama Yassin di dalam sebuah kereta.

Dalam video berdurasi 15 saat yang lain pula, Yassin yang berbaju kuning dilihat melayan anak dan isterinya menari.

Meninjau di ruangan komen, netizen dilihat begitu teruja dan terkejut kerana pertama kali melihat isteri dan anak Yassin. Ramai yang memuji kecomelan anak dan kecantikan isteri Yassin.

025837pmm4rggaa7lh9mz4

024913sp0y8o0v0ii2zzoj

Selain terhibur melihat aksi Yassin “menampar nyamuk” di belakang anak dan isterinya, ada juga yang mengatakan wajah isteri Yassin persis pelakon Janna Nick.

Apa pun, semoga Yassin sekeluarga terus kekal bahagia hingga ke jannah.

Sumber: Tiktok

Previous articleScha Alyahya lebih ‘rela’ pilih Norzizi Zulkifli daripada Ellie Suriaty, Ini sebabnya…
Next article“Saya tak pernah keluarkan..” (Video) Tular isi Dukung Wanita. Sekali Zul Ariffin Tampil Bersuara!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here