Jika melihat pada perkongsian pelakon Eyka Farhana di Instagram, pasti ramai yang menyedari bahawa dramatis itu kerap memuat naik gambar-gambar yang cantik dan menarik untuk tatapan peminat.
Tidak hanya gambar-gambar perkembangan terkininya sebagai seorang artis, malah Eyka turut berkongsi gambar fesyen selain gambar-gambar percutiannya.
Baru-baru ini, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, memuat naik gambar yang sedang menikmati percutian di tengah laut.
View this post on Instagram
Menerusi gambar berkenaan, Eyka dilihat menggayakan busana berwarna merah jambu terang dan sedang menikmati keindahan alam di atas sebuat bot dan juga di tepi pantai.
Pada ruangan kapsyen, Eyka menulis harapannya sempena dengan kedatangan tahun baharu 2022.
“Hello 2022! Cheers to a new year and another chance for us to get it right,” katanya ringkas.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat memuji kecantikan pelakon drama Budak Tebing itu.
Bagaimanapun, di sebalik respons pujian yang ditinggalkan, ada juga yang mengkr1tik cara pemakaian Eyka yang dirasakan agak s3ksi.
“Semakin berani orang Islam kita sekarang,” ungkap seorang netizen.
“Akak lawa tapi kalau akak tutup aur4t lagi lawa,” tulis seorang pengguna Instagram pula.
“Akak baju saya tak terkoyak, kalau akak nak ambiklah baju saya ada banyak… Baju akak tu terkoyaklah nanti nampak aur4t,” tulis seorang lagi wargamaya.
Dalam pada itu, ada juga yang melahirkan hasrat ingin menegur tentang aur4t, tetapi bimbang menerima kec4man selepas memberi teguran.
“Aku nak tegur pasal aur4t tapi kalau aku tegurkan, orang kec4m aku. Takpelah,” tulisnya.
Sebelum ini, Eyka pernah ditegur kerana menggayakan pakaian yang mencol0k mata.
Sumber: Gempak